Categories: Gaya Hidup

Ingin Menguasai Teknik Memotong Bawang Besar? Pelajari Daripada Video Ringkas Ini

Jika anda seorang wanita, orang luar mesti beranggapan yang anda sedikit sebanyak tahu memasak. Malangnya, untuk sesetengah wanita itu, dah besar panjang pun masih tak pandai potong bawang. Alahai…

Ya, salah satu sebab yang diutarakan adalah akhirnya bawang itu akan masuk ke dalam perut jua, jadi tak penting pun bagaimana rupa kepingan bawang itu.

Salah! Sebenarnya, potongan bawang yang sekata (maksudnya saiz kepingan bawang adalah lebih kurang sama) membolehkannya untuk dimasak dengan seimbang. Semuanya sama-sama cukup masak.

Rupa keseluruhan masakan anda pun akan nampak lebih kemas; tiada yang satu besar, satu kecil. Orang yang memakan hidangan tersebut pun boleh makan dengan senang.

Jika anda ingin pelajari teknik yang betul, anda bolehlah rujuk kepada video ini. Bila anda dah mahir, gerenti kerja anda di dapur akan jadi lebih mudah.

Video ini mengajar anda cara-cara untuk memotong bawang secara dadu, hiris dan gegelang (macam onion ring).

Setelah menonton video ini, pastikan anda praktis sekerap mungkin, okay? Selamat mencuba!

Sumber: Tasty

Ad Ops