Bercerai Hidup, Intan Masih Ralat…

Berat mata memandang, berat lagu bahu si pemikul… Mungkin ada yang menganggap wanita ini sengaja mahu meraih perhatian masyarakat. Ada juga mulut-mulut nakal yang mendakwa dia mahukan populariti selepes penceraiannya bersama Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude.

Bersesuaian dengan program Air Mata Syawal musim kedua ini, penyampai radio Kool FM, Liza Khairudin menyelami hati bekas madu Izreen Azminda, Intan Liana Salleh.

Menurut Intan, Syawal kali ini agak berbeza namun Intan tidak mahu berterusan menyalahkan takdir.

“ Ramadhan dan Syawal tahun ini sememangnya cukup berbeza. Kalau Ramadhan sebelum ini kita ada suami, kita kena fikir nak masak apa untuk suami. Tapi kali ini tiada..Memang terasa, lebih-lebih lagi waktu sahur.

“ Akak tidak pernah terfikir, kadang-kadang bila duduk sorang-sorang, akak ada terfikir kenapa benda ini terjadi. Tapi tak apa, kita kena hadap dan terima qada dan qadar.

“ Bila sedih, hadap saja,” kata ibu anak dua ini.

Wanita berusia 33 tahun ini turut mengaku bekas suaminya itu seorang lelaki yang baik.

“ Akak akan ingat sampai bila, dia merupakan bekas suami yang bertanggungjawab.

“ Cuma apa yang akak ralat, akak tak berkesempatan nak luahkan apa yang akak rasa sampai hari ini.

“ Dari hari dia melafazkan cerai, akak masih sayang dia…akak tiada masalah dengan dia, tiada gaduh…banyak nak luah sebenarnya,” katanya yang adakala bingung dengan penceraian ini.

Perkahwinan Ude dan Intan akhirnya bernokhtah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 22 Mac lalu.

Walaubagaimanapun Intan memberitahu, mereka sempat bersalam meminta maaf ketika berada di perkarangan mahkamah.

Tak apa Kak Intan, kami doakan anda temui kebahagiaan hakiki…Jika tidak di dunia, mungkin di akhirat sana nanti. Insha Allah. Kuat untuk anak-anak ya kak!

Kredit: Liza Khairudin Kool FM

SGMS Faida