Categories: Gaya Hidup

Ini 4 Sebab Kenapa Nyamuk Suka Serang Anda Berbanding Orang Lain

Pernah tak anda perasan? Kadang-kadang nyamuk suka attack orang-orang tertentu je. Orang lain tak pula kena gigit!

Menurut ahli entomologi Joseph M. Conlon, nyamuk lebih tertarik dengan sesetengah orang disebabkan oleh bahan kimia yang dikeluarkan melalui kulit mereka.

Foto: www.npr.org

Kalau anda rasa macam andalah mangsa utama nyamuk, mungkin ini sebab-sebabnya:

1. Anda hamil

Nyamuk betina sukakan karbon dioksida. Menurut kajian, wanita yang hamil mengeluarkan 21% lebih gas tersebut daripada wanita yang tidak. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa perbezaan inilah sebabnya nyamuk lebih tertarik dengan wanita hamil yang terlibat dalam kajian itu. Laura Harrington, profesor di jabatan entomologi di Cornell Universiti, juga berpendapat, wanita hamil mengeluarkan bau yang tak menentu, yang mungkin menarik perhatian nyamuk.

2. Anda dibasahi peluh

Asid laktik yang dikeluarkan dari badan melalui peluh adalah salah satu unsur penarik untuk nyamuk, menurut Conlon. Bila anda berpeluh selepas workout misalnya, badan anda akan mempunyai suhu tinggi. “Kepanasan” inilah yang akan membuatkan nyamuk tertarik dengan badan anda.

3. Anda mempunyai darah jenis O

Sama macam manusia yang boleh pilih jenis flavour aiskrim, nyamuk pun ada boleh pilih jenis darah yang mereka nak hisap. Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Medical Entomology menunjukkan yang nyamuk lebih gemar individu yang berdarah O. Conlon berkata golongan ini mungkin mengeluarkan sejenis bau yang menarik bagi nyamuk.

4. Genetik anda membuatkan anda lebih menarik

Saintis dari London School of Hygiene & Tropical Medicine melaporkan, sesetengah orang mengeluarkan penghalau nyamuk asli, atau natural mosquito repellents, dari badan mereka. Kebolehan ini ditentukan oleh sistem genetik mereka.

Kalau sebab-sebab nyamuk suka serang anda semuanya semulajadi, tak boleh nak buat apa-apalah.

Tapi nyamuk dikatakan suka kepada warna gelap seperti hitam dan biru gelap. Jadi, selalulah pakai pakaian berwarna terang untuk “menyelamatkan diri”.

Sumber: Time.com

Ad Ops