Categories: Gaya Hidup

Ini Cara Nak Cuci Kain Buruk Untuk Nampak Macam Baru Beli

Kain lap dapur atau biasanya dipanggil sebagai kain buruk sememangnya item yang perlu ada di rumah kita. Selesai memasak, kita pasti memerlukan kain lap ini untuk membersihkan kawasan yang kotor akibat percikan minyak ataupun sebagainya.

Bila dah lap kotoran, pastinya kain lap kita akan bertukar warna kan? Daripada warna putih jadi warna coklat-coklat pula! Tak pasal kena berus kain lap tersebut untuk hilangkan kotoran tersebut.

Tapi, walaupun kita sudah memberus atau cuci menggunakan mesin pencuci, bekas kotoran tetap ada. Jadi, penulis nak kongsikan kepada anda cara nak cuci kain lap ini dengan teknik yang betul agar ia kelihatan seperti baru beli! Jom semak!

Foto: CuitCuteCakes

1. Rendamkan bersama sabun dan Clorox selama 2 jam. Tuangkan Clorox dengan kuantiti yang lebih.

2. Selepas 2 jam, masukkan kain lap dalam mesin pencuci dan ‘set’ beberapa minit sahaja.

3. Selesai basuh, ‘set’ mesin pencuci untuk keringkan. Jangan bilas dengan air bersih ya!

4. Bila dan kering, rendam semula bersama sabun dan Clorox dan putar beberapa minit.

5. Kemudian, keringkan dan bilas seperti biasa.

6. Keringkan dan jemur.

Hasilnya:

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook

tex_admin