Categories: Gaya Hidup

Jangan Biarkan Karpet Anda Penuh Hama! Ikuti 5 Langkah Penjagaan Ini

Karpet merupakan antara elemen pelengkap dekorasi bagi setiap rumah. Selain fungsinya bagi mengelakkan tapak kaki kedinginan, karpet juga merupakan penyeri rumah. Lawa memang lawa, tapi bukan mudah nak jaga karpet ini. 

Lebih teruk jika tidak dijaga dengan betul, ia akan menjadi sarang pembiakan kuman dan bakteria yang boleh mendatangkan penyakit dan alergik tau! Bukan itu saja, karpet juga akan berbau dan akan menimbulkan suasana yang tidak selesa.

Ini antara tips yang anda boleh lakukan untuk memastikan karpet kekal bersih dan bebas hama.

1. Anda perlu gulung atau hamparkan kain bersih di atas permaidani setiap kali hendak masuk tidur atau sewaktu hendak meninggalkan rumah. Ia bagi menjaga kebersihan permukaan karpet yang mudah memerangkap habuk.

Foto : Vijesti Online

2. Gunakan vakum untuk menyedut segala debu dan kotoran kecil setiap kali membersihkan karpet. Anda boleh melakukan pembersihan vakum ini sebanyak 2 kali seminggu. 

Foto : Dreamstime

3. Jemur karpet di bawah panas terik matahari selama beberapa jam sekurang-kurangnya dua bulan sekali. Ini bagi mencegah pembiakan hama pada bulu karpet.

Foto : Cara Bu Az

4. Gunting hujung benang yang terkeluar jika terdapat jahitan benang atau bulu karpet yang tercabut. Jangan ditarik kerana ini boleh menyebabkan keseluruhan benang tanggal.

Foto : Ali Express

5. Ataupun cara yang paling selamat, anda boleh hantar ke dobi untuk cucian karpet. Biasanya, mereka mempunyai sabun khas untuk menghapuskan kuman dan bakteria. 

Oleh itu, anda perlu menjadikan aktiviti pembersihan karpet ini sebagai rutin setiap minggu okay! Barulah bersih dan selesa untuk berehat dekat rumah. Selamat mencuba!

Sumber: Kumpulan Media Karangkraf

tex_admin