Categories: Gaya Hidup

Euww… Kentut Berbau Busuk! Elak Makan Makanan Ini

Alahai, malunya kalau tengah lepak dengan kawan-kawan, tiba-tiba anda terkentut dan berbau busuk! Rasa macam nak sembunyikan muka bawah meja! Mesti kawan-kawan anda tidak suka kan? Bau kentut mempunyai pelbagai variasi, ada yang tidak berbau sama sekali, ada yang bau biasa dan paling dasyat kentut yang berbau sangat busuk. 

Kalau anda nak tahu, kentut datang daripada dalam usus kita yang mengandungi gas yang berasal daripada udara dan oksigen yang kita hirup atau telan. Kalau banyak bakteria yang tidak baik di dalam usus, makin berbaulah kentut anda itu.

Selain itu, pemakanan yang kita makan merupakan salah satu sebab kentut kita menjadi busuk. Hal ini kerana, terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi bahan-bahan tertentu yang dapat mengubah bau gas dalam tubuh kita. 

Anda mesti tak sabar nak tahu apakah antara jenis makanan itu kan? Ini kami senaraikan 5 jenis makanan yang boleh membuatkan kentut anda menjadi lebih berbau.

1. Petai dan jering

Petai dan jering antara ulaman yang sedap dimakan bersama nasi panas. Ia juga boleh dimasak bersama sambal, memang sedap! Tetapi ia juga boleh menyebabkan kentut anda berbau sangat busuk. Selain kentut, bau air kencing anda juga menyengat. Betul tak? Ini kerana, petai dan jering mengandungi bahan sebatian sulfur yang akan menjadikannya sangat berbau. Jika anda makan terlalu banyak, kentut anda juga akan bertambah busuk!

2. Bahan tenusu

Foto: Diariodegastronomia.com

Produk tenusu juga mengandungi sebatian sulfur yang tinggi. Keju, susu dan yogurt mengandungi bakteria laktosa yang akan menyebabkan kentut anda berbau. Kalau anda makan banyak produk tenusu ini, makin bertambahlah bau kentut itu!

3. Bawang

Foto: Khasiat

Seperti kita ketahui, bawang merupakan bahan asas yang perlu ada pada setiap jenis masakan. Kalau tak letak bawang rasa macam tak lengkap masakan kita. Tetapi, bawang juga merupakan antara sebab kentut anda berbau busuk. Hal ini kerana, bawang mengandungi fruktan yang tinggi. Selain kentut berbau, pengambilan bawang yang berlebihan juga akan menyebabkan mulut berbau dan bau badan.

4. Kacang

Foto: Maskulin

Kacang antara kudapan yang enak untuk dinikmati setiap hari. Ianya mengandungi jumlah serat dan protein yang tinggi yang baik untuk tubuh badan kita. Tetapi tahukah anda, kacang akan mengambil masa yang panjang untuk dicerna oleh badan kita. Keadaan yang terlalu lama tersebut akan menjadikan kentut lebih berbau busuk.

5. Brokoli

Foto: Hello Sehat

Mesti anda tidak pernah terfikir bahawa sayur berkhasiat ini boleh menyebabkan kentut berbau lebih busuk kan? Ya, brokoli antara sayur yang boleh buatkan kentut anda bau busuk! Hal ini kerana, brokoli mengandungi sebatian sulfur yang tinggi yang boleh menyebabkan kentut anda berbau.

Kesimpulannya, kalau anda tidak mahu kentut anda berbau yang lebih teruk, mungkin anda boleh mengurangkan pengambilan jenis-jenis makanan yang kami senaraikan. Ataupun tips paling mudah jika anda tidak pasti dengan bau kentut anda, kentutlah di tempat yang tersembunyi jauh daripada kawan-kawan ataupun keluarga. Itu paling selamat!

Sumber: Maskulin

tex_admin