Categories: Gaya Hidup

Mesin Basuh Kotor Dan Berkeladak. Ini Cara Mudah Untuk Bersihkannya!

Mesin basuh sememangnya bertugas untuk mencuci pakaian kita yang kotor agar menjadi lebih bersih dan wangi. Tetapi tahukah anda, mesin basuh juga akan menjadi kotor dan berkeladak jika tidak dicuci! Ini kerana, pasti ada daki, habuk, lumpur dan sebagainya yang melekat pada pakaian kita dan apabila dicuci dengan menggunakan mesin basuh pasti akan terkumpul pula di bahagian dalaman mesin tersebut. Mesin basuh yang tidak dibersihkan juga akan menyebabkan habuk-habuk berwarna hitam akan melekat pada pakaian yang telah dicuci. 

Jadi kepada anda yang tidak tahu cara untuk mencuci mesin basuh, kami kongsikan cara-cara menbersihkan mesin basuh dengan cara yang berkesan. Hasilnya pasti akan nampak macam mesin basuh yang baru dibeli!

Bahan-bahan cucian:

Foto: superkiram.net

Mudah je kan hanya menggunakan baking soda dan cuka. Bahan-bahan ini mudah untuk anda dapatkan di pasaraya.

Cara-cara mencuci:

1. Keluarkan penapis habuk dan kekotoran yang terdapat pada mesin basuh. Cuci ia dengan sedikit cuka dan baking soda dan bilas dengan air lalu dikeringkan.

2. Penuhkan mesin basuh dengan air. Jika ada cucian panas, hidupkan butang cucian panas. Jika tiada, isikan dengan air biasa je pun boleh.

Foto: Diynatural.com

3. Masukkan 3 hingga 4 cawan cuka ke dalam mesin basuh yang berisi air. Cuka akan bertindak untuk menyerap semua bau yang ada dan mampu membersih serta menyerap kekotoran yang terperangkap di dalam mesin basuh. Putarkan air selama 1 hingga 2 minit.

4. Masukkan setengah cawan baking soda  ke dalam mesin basuh bersama campuran air dan cuka tadi.

Foto: Diynatural.com

5. Selepas memasukkan baking soda, putarkan mesin basuh selama 5 minit dan biarkan ia terendam begitu selama 2 jam.

6. Selepas 2 jam, anda akan dapat melihat semua kekotoran akan mengembang dan keluar dari celah-celah mesin basuh. Buangkan semua kekotoran tersebut, kemudian cuci dan bilas mesin basuh dengan air yang banyak sehingga bersih dan berkilat.

7. Setelah selesai dan mesin basuh sudah menjadi kering, letakkan semula penapis habuk dan kekotoran yang sudah bersih ke dalam mesin basuh.

Cara mencuci menggunakan serbuk pencuci khas mesin basuh

Sekiranya anda tidak suka menggunakan baking soda dan cuka, anda juga boleh menggunakan serbuk pencuci khas mesin basuh yang boleh didapati di pasaraya.

Foto: Erabaru

1. Penuhkan mesin basuh dengan air dan masukkan serbuk pencuci mesin basuh itu dengan sukatan yang tertera pada label serbuk pencuci tersebut. 

2. Putarkan mesin basuh selama 5 minit dan biarkan ia selama 3 jam.

3. Selepas 3 jam semua kekotoran akan keluar dan buangkan semua kekotaran itu.

4. Semasa anda menunggu mesin basuh anda direndam sama ada dengan campuran cuka dan baking soda atau serbuk pencuci mesin basuh, anda bolehlah mencelup sedikit air campuran itu sambil mencuci celah-celah mesin basuh dengan menggunakan berus khas atau berus gigi yang tidak dipakai lagi terutama di bahagian atas yang sememangnya sangat kotor dan terlekat habuk.

 

Foto: Erabaru

Foto: Erabaru

Foto: Erabaru

5. Selepas membersihkan, anda boleh membilas dan cuci sehingga bersih mesin basuh anda sampai ia nampak berkilat.

Mudah je sebenarnya untuk membersihkan mesin basuh ini, anda harus mempraktikkan tips sebulan sekali agar mesin basuh sentiasa bersih dan bebas daripada kekotoran. Paling penting sekali jangka hayat mesih basuh kita juga akan tahan lebih lama! Selamat mencuba ya!

Sumber: Erabaru

tex_admin