Categories: Gaya Hidup

Jeans Ketat Bahayakan Miss V

Memakai seluar jeans ketat sudah menjadi trend serta kegilaan wanita masa kini. Selain memberi penampilan ramping, pemakaian jeans ketat juga mampu menampakkan tubuh badan seksi kepada si pemakai.

Namun, tahukah anda terdapat kesan efek negatif pemakaian seluar jeans ketat terhadap Miss V? Memakai jeans ketat pada jangka masa yang lama akan memberi ketidakselesaan pada vagina lebih-lebih lagi bagi wanita yang memiliki kulit vagina sensitif.

Pemakaian jeans ketat juga boleh menyebabkan gejala-gejala yang tidak selesa seperti sakit pada bahagian pelvis, gatal pada bahagian Miss V serta masalah keputihan.

Jeans yang ketat akan menghasilkan haba dan kelembapan sekaligus boleh menyebabkan jangkitan pada Miss V seperti vaginal kandidiasis atau jangkitan yis. Ini kerana yis akan hidup subur di persekitaran lembab dan mampu menyebabkan kegatalan, kemerahan serta rasa sakit ketika membuang air kecil.

Walau bagaimanapun, perkara ini boleh dicegah dengan menjaga kawasan Miss V agar ia sentiasa bersih dan kering.

Gesekan bahan denim yang tebal pada kawasan kulit juga boleh menyebabkan iritasi. Ini kerana seluar jeans yang ketat tidak memberi ruang untuk kulit bernafas. Begitu juga dengan wanita yang mencukur, kerengsaan kulit boleh berlaku akibat daripada seluar ketat yang menggosok bahagian kulit.

Apapun, pemilihan jeans yang bersesuaian mampu mengelakkan risiko di atas. Jika masih mahu mengenakan jeans ketat, sekurang-kurangnya pilih jeans yang tidak memberi tekanan pada bahagian Miss V saat ada membongkok badan anda. Seluar jeans yang tidak ketat membuatkan pengaliran udara di kawasan sekitar Miss V berfungsi secara lancar dan mampu menjamin kesihatan Miss V.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

Ad Ops