Categories: Tips

5 Cara Atasi Malas

Malas merupakan sikap yang memang ada pada setiap individu. Antara punca seseorang itu menjadi malas adalah kerana kurang motivasi diri, terlalu senang dengan keadaan sekarang serta tubuh badan yang letih.

Sikap malas jika tidak diatasi boleh memberi impak negatif kepada diri, karier dan juga kesihatan. Berikut merupakan lima cara mudah untuk mengatasi masalah malas.

1. Basuh muka

Basuh muka merupakan cara paling cepat untuk mengusir rasa mengantuk. Dengan membasuh muka, otot menjadi lebih relaks, wajah dan otak menjadi lebih segar sekaligus dapat menghilangkan rasa malas.

2. Ambil Makanan Yang Baik

Adalah penting untuk memantau makanan atau minuman yang masuk ke dalam tubuh badan kita kerana pengambilan makanan yang tidak baik juga adalah antara faktor badan kita menjadi malas.

Contohnya memakan mi segera. Mungkin ramai yang tidak tahu mi segera memerlukan masa sekitar tiga hari untuk dicerna. Perkara ini membuatkan tubuh menjadi lebih cepat penat kerana tenaga kita banyak digunakan untuk mencerna makanan tersebut.

Pengambilan gula berlebihan juga boleh membuatkan kita mudah mengantuk sehingga akhirnya kita malas untuk melakukan kerja. Justeru, ambillah makanan yang menyalurkan vitamin kepada tubuh.

3. Relaks

Otak dan badan yang dipaksa terus menerus untuk bekerja boleh membuatkan seseorang itu hilang konsentrasi sekaligus mewujudkan rasa malas pada diri. Jangan bebani diri dan ambil masa beberapa minit untuk berehat serta menenangkan fikiran anda. Hirup udara segar, meditasi, dengar muzik kegemaran serta tidur yang cukup juga mampu mengatasi kecenderungan malas pada diri.

4. Kelilingi Orang Yang Positif dan Produktif

Dengan siapa anda bergaul akan mempengaruhi tingkah laku anda. Justeru, kelilingi diri anda dengan orang-orang yang positif dan produktif. Bergaul dengan orang yang berjaya dan bermotivasi juga dapat memberi inspirasi kepada anda di mana anda boleh serap tenaga positif mereka.

5. Work Smart

Jika anda mempunyai banyak tugasan untuk dilakukan, anda mungkin berasa malas untuk menyelesaikan kesemuanya. Ingat, work smart. Cuba agihkan tugasan anda kepada beberapa bahagian untuk mengelakkan tugasan tersebut kelihatan terlalu besar. Kemudian, berikan tumpuan pada tugasan tersebut. Mencari cara yang lebih baik akan memudahkan anda untuk menikmati sesuatu kerja tersebut sekaligus menghilangkan rasa malas pada diri anda.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

Ad Ops