Categories: Acara

Tioman Surfestival 2018

Bagi mereka yang sedang bercuti di Pulau Tioman atau memang merupakan residen pulau terbabit, jangan lepaskan peluang mengikuti acara Tioman Surfestival 2018 yang kini sedang berlangsung di Kampung Juara, Tioman sehingga 27 Januari ini.

Acara yang mula diperkenalkan dari tahun 2010 itu bukan sahaja melibatkan pertandingan surfing di kalangan bakat-bakat tempatan, namun turut melibatkan pelbagai acara menarik seperti rock climbing, speed climbing, tarik tali, dan juga persembahan live music.

Selain itu jangan lupa, menikmati keindahan alam semulajadi dan hidupan marin yang mempesona. Boleh pilih lakukan selam skuba atau snorkelling.

It’s time to chill out and soak up the tropical sun and sea!

Acara tahunan ini dibawakan oleh Tioman Boardriders Event Management & Tioman Development Authority (TDA). Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian, 09-4133175 / +609-4133179.

Kredit foto : FB Cintai Tioman

 

Ad Ops