Categories: Gaya Hidup

Kanak-Kanak Ini Tiru Gaya Neelofa, Comel & Melucukan!

Siapa yang tidak kenal dengan selebriti paling popular ini? Dah lah cantik, bijak, pandai dalam dunia perniagaan, semuanya 1 pakej! Tidak hairanlah ramai rakyat Malaysia yang meminati Neelofa Mohd Noor.

Bukan dalam kalangan orang dewasa sahaja, kanak-kanak juga mengenali dan mengidolakan Neelofa.

Baru-baru ini, telah tular di laman sosial aksi seorang kanak-kanak yang meniru pelbagai gaya dan aksi Neelofa, baik dari segi pakaian, tudung dan juga posenya. Paling melucukan, tahi lalat Neelofa juga ditiru! Haha!

Terdapat 12 foto kanak-kanak ini yang viral, dan rata-rata ramai netizen yang memuji kerana dia berjaya meniru aksi pengacara popular itu. Jom kita saksikan foto-foto tersebut.

Lucu kan? Penulis rasa nak cubit-cubit saja pipi kanak-kanak ini!

Untuk pengetahuan anda, sumber gambar aksi kanak-kanak ini tidak dapat dipastikan sumber asal fotonya dari mana. Apa-apa pun, memang kreatif!

Sumber: Gempak

tex_admin