Hamil Anak Kedua, Ini Harapan Tya Ariffin…

Pelakon Tya Ariffin memaklumkan dia mengimpikan untuk mendapat cahaya mata perempuan selepas ini.

Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Ariffin yang kini hamil empat bulan setengah dijangka melahirkan pada May 2019.

“ Jika diizinkanNya saya dan suami mahu memiliki anak perempuan pula memandangkan kami sudah ada Arif.

“ Namun begitu, kami menyerahkan segalanya kepada takdir. Kalau dapat anak lelaki, kami tetap bersyukur. Asalkan sihat walafiat. Doakan saya ya,” katanya kepada xtra.com.

Tya ketika ditemui di Majlis Hari Jadi anak pasangan selebriti Azwan- Ezzaty Abdullah, Harum Dahlia memberitahu dia tidak merancang memiliki anak yang ramai.

“ Cukup dua atau tiga sahaja, saya dan suami lebih pentingkan kualiti daripada kuantiti. Namun begitu, kami tetap percaya kepada rezeki. Kami hanya merancang, jika diberi lebih…kami tetap terima,” katanya ringkas.

Tya berkahwin dengan Asyraf Khalid pada 1 November 2015 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Arif, pada 31 Mac tahun lalu.

SGMS Faida