’Bukan Jual Anak, Ini Rezeki Dia’, Ezzaty Abdullah Tepis Dakwaan Netizen

Pelakon Ezzaty Abdullah memaklumkan dia gembira berpeluang melihat perkembangan anak, Harum Dalia setiap hari.

Kata Ezzaty ketika ditemui di majlis ulang tahun Harum yang pertama semalam memaklumkan puteri kesayangannya itu adalah ‘cermin’ dirinya.

“ Apa yang saya buat , pasti Harum akan ikut. Bila saya sedang bersiap, Harum suka tengok apa yang saya lakukan terutama ketika sedang bersolek.

“ Dia juga akan ikut sama membuat gaya seolah-olah sedang menata rias wajah. Dalam masa sama, Harum tiada masalah berdepan dengan orang ramai memandangkan dia selalu ikut saya dan suami menghadiri pelbagai acara,” katanya kepada xtra.com.

Sementara itu, isteri kepada Azwan Kombos ini turut menepis kata-kata netizen yang menganggap pasangan ini seolah-olah menjual anak selepas membuka laman Instagram buat Harum.

“ Instagram milik Harum bukan bertujuan memasarkan anak sendiri. Saya akui memang ada menerima tajaan pelbagai pihak seperti dari syarikat barangan kanak-kanak seperti stroller dan banyak lagi.

“ Kami anggap kesemua barang tajaan diterima itu adalah rezeki untuk Harum dan kami sebagai ibu-bapa hanya menumpang pinjaman daripada Allah SWT.

“ Tiada kena mengena dengan isu jual anak menggunakan populariti sendiri. Bukan sama sekali, semua adalah rezeki,” akhirinya.

Sehingga kini, Harum sudah memiliki lebih 50,000 pengikut di Instagram. Apapun, we all nak ucapkan Happy Birthday Harum Dalia! 

SGMS Faida