Categories: Gaya Hidup

Ketahui Risiko Bahaya Akibat Tidur Meniarap

Adakah anda tidur meniarap? Jika ya, adakah anda pernah perasan jika ada sesuatu yang berbeza pada keesokan harinya? Kemungkinan besar anda telah mengalami kesan berbahaya akibat tidur meniarap. 

Ia bermula dengan tulang belakang

Ramai orang yang terbiasa tidur meniarap mengalami beberapa jenis sakit sama ada di sendi, belakang badan, tulang belakang atau leher. Mengalami lebih banyak kesakitan bermakna anda lebih cenderung untuk bangun secara tiba-tiba pada pertengahan malam.

Akibatnya, kesakitan ini boleh menjejaskan pelbagai aspek kehidupan anda, daripada tahap tidur anda, produktiviti, hinggalah tingkah laku.

Foto: Mother Nature Network

Apabila anda tidur meniarap, tekanan pada tulang belakang anda bertambah, oleh itu, seluruh struktur tulang anda perlu menanggung tahap tekanan yang lebih tinggi. Selain itu, kerana tulang belakang ibarat saluran paip untuk saraf anda, seluruh badan anda akan mengalami kesakitan disebabkan oleh tekanan pada tulang belakang.

Dan kemudian leher

Melainkan anda tidak perlu bernafas atau anda mempunyai kekuatan super yang membolehkan anda bernafas melalui bantal anda apabila anda meniarap, kemungkinan besar anda perlu mengalihkan kepala ke sisi untuk mendapatkan oksigen.

Ini menjadikan kepala dan tulang belakang anda tidak selari, bermakna leher anda berpusing. Pada mulanya, kesan buruk kedudukan ini mungkin tidak ketara atau tidak disedari, bagaimanapun, dari masa ke masa, simptom akan menjadi lebih teruk dan serius.

Tambahan pula, apabila tidur dalam kedudukan ini, leher anda juga berisiko mengalami herniasi cakera (herniated disc). Ini adalah masalah kesihatan serius yang harus anda elakkan. Apabila vertebra tulang belakang anda telah mencapai had, atau dengan kata lain, atau telah beralih sepenuhnya, cakera gelatin di dalamnya boleh pecah. Apabila berlaku kebocoran gel tersebut, sistem saraf anda akan terjejas.

Peringatan khusus untuk bakal ibu

Foto: Babyment

Apabila anda hamil, semua yang anda lakukan, anda lakukannya untuk dua orang. Itulah sebabnya anda memerlukan rehat yang mencukupi untuk memastikan anda dan bayi sihat. Idea untuk tidur meniarap ketika hamil agak tidak masuk akal, kerana sangat tidak menyenangkan.

Walau bagaimanapun, untuk wanita yang terbiasa tidur dalam kedudukan itu, sebaiknya sebaik sahaja anda hamil, ubah kedudukan tidur anda menjadi lebih selamat dan selesa.

Adalah fakta bahawa tidur meniarap membawa kesan berbahaya kepada tubuh anda. Sekiranya anda mengalami kesukaran mengubah kedudukan tidur anda atau mengalami kesan tidur meniarap, dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin untuk nasihat, bimbingan dan rawatan lanjut.

Sumber: Hello Doktor

Ad Ops