Categories: Trending

Tak Nak Bayar Parking Punya Pasal, Pemandu Bakal Disiasat?

Gara-gara tak mahu bayar parking, suspek dikatakan mencederakan penjaga tempat letak kereta kerana enggan menaikkan palang.

Kejadian yang berlaku di tempat letak kereta sebuah hotel itu mula viral sejak 18 September lalu. 

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid, berkata mengikut menerima aduan daripada pengadu yang juga penjaga tempat letak kereta itu pada 19 September lalu.

“ Mangsa tidak mengalami kecederaan serius, cuma cedera ringan di bahagian lengan.

“Suspek sudah dikenal pasti dan siasatan masih dijalankan sebelum ia dirujuk kepada pihak pendakwa raya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ringan kepada mangsa. 

SGMS Faida