Gaya Hidup By: Ad Ops January 18, 2018 @ 5:21am

Krisis Pertengahan Usia: Apa Yang Perlu Anda Ambil Tahu

Krisis pertengahan usia adalah transisi antara identiti dan keyakinan diri yang berlaku dalam kalangan individu pertengahan usia dalam lingkungan 45 hingga 64 tahun. Krisis ini boleh dilihat dari segi psikologi dan kelakuan yang berbeza untuk setiap individu.

Apa pun istilahnya, transisi ini akan berlaku setelah terjadinya peristiwa penting contohnya seperti anak bongsu sudah tamat pengajian universiti ataupun kematian kedua-dua orang tua.

Sindrom ini mungkin diikuti kemurungan serius, jadi trik yang wajib diberi perhatian, apabila transisi ini berkembang menjadi kemurungan, anda mesti mendapatkan bantuan pakar.

Krisis pertengahan usia itu satu peringkat normal hidup

Transisi pertengahan usia apabila diteliti sebenarnya adalah satu peringkat normal hidup. Ahli psikologi dari Yale, Daniel Levinson mencadangkan teori perkembangan orang dewasa berlaku dalam peringkat bersiri masing-masing.

Lazimnya, struktur hidup melibatkan keluarga dan karier selain kepercayaan agama dan status ekonomi. Menurut teori Daniel, transisi pertengahan usia adalah perubahan normal dari satu peringkat ke satu peringkat lain.

Di peringkat ini, seseorang akan menilai semula prioriti dan matlamat hidup. Wanita yang sudah berpenat lelah membesarkan anak mungkin akan menimbang tara untuk sambung belajar, atas alasan mereka bebas berbuat apa sahaja selepas terpaksa menunda impian berkenaan sebelum berkeluarga.

Simptom krisis pertengahan usia

Berikut adalah simptom untuk mendefinisikan krisis berkenaan yang mungkin berlainan dialami oleh setiap seorang:

1) Melihat cermin dan tidak lagi kenal diri sendiri.

2) Mengalami kemurungan bila membuat sesuatu yang pernah disukai.

3) Perubahan tabiat. Aktiviti yang pernah menyeronokkan kini dirasakan membosankan.

4) Suka untuk disakiti.

5) Mahu lari dari semua benda.

6) Terasa hati atau marah secara tiba-tiba.

7) Mahu terlibat dalam aktiviti fizikal seperti berlari, menunggang basikal, menari, terjun udara dan sebagainya.

8) Mula meneroka citarasa muzik baru.

9) Corak tidur yang tidak menentu.

10) Mula memikirkan kematian dan hal-hal berkaitannya.

11) Perubahan cara pemakanan secara mendadak.

12) Mahukan hidup yang ringkas.

13) Mahu berada dalam persekitaran berbeza.

14) Membuat sesuatu yang pernah ditinggalkan lebih 20 tahun lalu.

15) Banyak membeli pakaian baru dan menghabiskan masa kelihatan menarik.

Bila krisis umur bertukar kemurungan, apa perlu anda buat?

Profesor psikiatri University of Virginia, Anita H. Clayton menjelaskan terapi sikap atau perbualan selain antidepressant boleh membantu menangani kemurungan major atau klinikal.

Penyelidik di Stanford University membandingkan perubatan sahaja dan terapi perbualan sahaja atau kombinasi kedua-duanya pada 656 penderita kemurungan kronik. Mereka mendapati kombinasi kedua-duanya mempercepat penyembuhan kemurungan kronik.

Bagi kemurungan biasa pula, menurut Clayton, sekali sahaja rawatan sudah cukup memberi kesan.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Apr 2020
Gaya Hidup Fri, 19 Apr 2019
Featured Fri, 27 Mar 2020

Kerajaan salur RM250 bilion bantu setiap lapisan masyarakat

Pakej rangsangan ekonomi komprehensif tangani COVID-19

Featured Mon, 30 Mar 2020

Beberapa selebriti beramal bantu petugas barisan hadapan

Pelbagai cara dilakukan demi Malaysia

Gaya Hidup Sat, 18 Aug 2018
Gaya Hidup Sun, 23 Dec 2018

8 Tip Untuk Jimat Ketika Beli Barang Dapur Untuk Diri Anda Seorang

Jika bajet tak mengizinkan, anda patut lebih cermat.

Featured Fri, 3 Aug 2018
Gaya Hidup Mon, 22 Oct 2018

‘Sistem Imbuhan Untuk Tidur’ Diperkenalkan Di Jepun Bagi Meningkatkan Mutu Kerja

Point yang mencapai tahap tertentu akan mendapat ganjaran, contohnya 100 point bersamaan 100 yen.

Acara Mon, 8 Jan 2018

Susah Cari Baju Bila Badan Berbentuk Pear? Ini 7 Tips Untuk Wanita!

Pernah tak bila menyarungkan ‘jeans’ atau seluar panjang, tiba-tiba tersangkut dan sempit di bahagian peha? Namun longgar di bahagian pinggang? Kalau pernah, itu antara tanda bentuk badan yang anda miliki adalah berbentuk pear! Cuba bayangkan […]

Featured Tue, 28 Apr 2020

Ebit Lew kongsi gambar bidadarinya di depan rumah mewah mereka

Jawab tuduhan guna duit sumbangan beli kereta besar