Gaya Hidup By: Ad Ops August 18, 2018 @ 5:00pm

Ini Caranya Untuk Tahu Jika Anda Sudah Menjumpai ‘The One’, Menurut Pakar Hubungan Cinta

Syoknya bila kita dilamun cinta! Tak boleh nak explain betapa bahagianya kita.

Best memang best, tapi untuk yang belum berkahwin, macam mana nak tahu kalau teman istimewa kita itu adalah seseorang yang sesuai untuk dijadikan suami atau isteri?

Tak boleh pilih dengan sebarangan, okay? Individu inilah yang akan bersama dengan kita sepanjang hayat, dengan siapa yang kita akan kongsi suka-duka serta sama-sama mengharungi usia tua.

Sesetengah orang memang bertuah kerana dapat jawapan kepada soalan yang rumit ini dengan mudah. Tapi untuk anda yang ragu-ragu, Insider telah bertanyakan pendapat daripada 3 orang pakar relationship.

Jom tengok apa nasihat mereka.

1. Sarah Ryan- Pakar hubungan, matchmaker antarabangsa dan penulis yang pernah memenangi anugerah

“Jika anda tak dapat bayangkan hidup anda tanpa teman anda, jika anda berdua buatkan masing-masing menjadi individu yang lebih baik, dan jika anda berdua boleh berkomunikasi dan memiliki connection dan chemistry yang mendalam, besar kemungkinan dialah orang yang anda cari.

“Mencari teman hidup adalah berada dalam sebuah hubungan percintaan di mana anda berdua membesar bersama, belajar bersama dan membina hidup bersama-sama.

“Jika anda tak boleh bayangkan anda melakukan perkara-perkara tersebut dengan orang lain yang bukan teman anda sekarang, maknanya dialah The One untuk anda.

Foto: Vladyslav Lehir / Shutterstock

2. Ben Edwards- Jurulatih hubungan percintaan dan pakar keyakinan diri

“Anda akan tahu yang anda sudah menjumpai The One apabila anda rasa tenang, puas hati dengan hidup dan tak inginkan sesuatu yang lebih daripada apa yang anda ada.

“Jika anda boleh bayangkan hidup anda dengan si teman, ketika anda berdua dah bersara dan mengimbau kembali hidup bahagia yang anda berdua dah lalui, maka anda patut yakin dengan hubungan anda yang ini.

“Mestilah anda tak boleh jangkakan masa depan. Tapi jika anda rasa yang teman anda ini boleh dipercayai, berdedikasi dan betul-betul padan dengan personaliti anda, ia boleh tolong anda untuk pastikan yang dia perfect untuk anda.”

3. Shilpa Gandhi- Matchmaker bertauliah

“Bila anda rasa yang anda tak boleh hidup tanpa teman anda. Bila anda tersenyum apabila memikirkan tentang bangun pagi di sebelah teman anda setiap hari seumur hidup.

“Bila hati anda bergelora dan anda rasa nak menyanyi keriangan apabila mendengar suara atau melihat mukanya.

“Anda tak ragu-ragu dalam fikiran anda yang anda betul-betul mencintainya dan ingin bersama dengannya selama-lamanya.

“Anda bayangkan diri anda dengan orang lain selain teman anda sekarang dan anda rasa tak syok.

“Jika anda lakukan atau rasa semua ini, maknanya anda patut tahu yang anda dah pun menjumpai The One.”

Foto: www.republika.co.id

Selamat mencari!

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 May 2020
Gaya Hidup Tue, 4 Dec 2018

5 Barangan Isi Rumah Yang Bahaya Buat Si Manja!

Pelbagai jenis produk rumah yang mengandungi bahan kimia dan mampu memberi kesan buat anda sekeluarga.

Acara Wed, 25 Sep 2019

Pameran Harumanis ketengah keunikan budaya Perlis

Pelbagai karya abstrak curi tumpuan

Featured Fri, 27 Mar 2020
Gaya Hidup Mon, 26 Feb 2018

Baru Je Cuci Sekali Dah Kecut? Ini Cara Kembalikan Baju Favourite Anda Ke Saiz Asal

Pernah tak anda cuci baju favourite anda dalam mesin basuh tapi bila dah settle, baju itu mengecut sampai jadi baju saiz budak umur 10 tahun? Hampa betul perasaan! Lagi-lagi kalau baju tersebut baru je beli. 

Events Tue, 5 Apr 2022
Gaya Hidup Wed, 26 Dec 2018

Trolley vs Basket While Grocery Shopping: Which One Benefits You More?

The right one is good not only for your health but also wallet.

Featured Fri, 10 Apr 2020
Gaya Hidup Thu, 19 Apr 2018

Nikmati Keriangan Di Inflatable Island, Taman Air Terbesar Di Asia

Memandangkan Pulau Boracay dah tutup, anda masih boleh menikmati keriangan pantai di negara Filipina.

Gaya Hidup Sun, 15 Apr 2018

Belajar Cara Mudah Untuk Mengikat Tali Leher, Boleh Pikat Encik Suami!

Mungkin si suami dah tahu cara ikatannya, tapi apa salahnya kalau si isteri ingin menunjukkan perasaan sayangnya melalui aksi intim itu?