Categories: Gaya Hidup

Lelaki ini membeli ikan tuna pada harga RM12. 74 juta, anda mampu?

Harga seekor ikan tuna bernilai RM12.74 juta? Biar betul! 

Memang tak masuk dek akal apabila seekor ikan tuna dijual pada harga sedemikian yang mana anda boleh mendapatkan sekurang-kurangnya empat buah rumah banglo di sekitar kawasan elit Mutiara Damansara. 

Meski sukar diterima logik akal, hal ini benar-benar berlaku. 

Seorang pembida yang hadir pada acara lelongan tuna baru-baru ini yang diadakan di Tsukiji Fish Market, membeli seekor tuna seberat 613 paun pada harga $3.1 juta bersamaan RM12.74 juta. 

Kiyoshi Kimura yang merupakan pemilik restoran, Sushizanmai berpangkalan di Jepun, turut mencipta rekod sebagai pembeli tuna termahal dunia sekali gus berjaya mengekalkan takhta itu selama enam tahun sebelum ditewaskan pada tahun 2017.

Foto: CBS News

Mengulas lanjut mengenai harga tuna yang dibeli, Kiyoshi menjelaskan pembelian kali ini, lima kali ganda lebih mahal daripada apa yang dijangkakan. 

Bagaimanapun kepuasan membida ikan itu lebih kepada status simbol dan menawarkan yang terbaik buat rangkaian perniagaan makanannya.

Untuk pengetahuan umum, tuna itu bakal dibawa secara terus ke restoran miliknya yang berada berdekatan pasar lelongan berkenaan. 

Peningkatan harga tuna berkait rapat dengan pengurangan ikan tuna di laut Jepun, malah sudah menjadi tradisi masyarakat Jepun apabila ikan tuna berkualiti tinggi bakal dilelong di dalam sebuah acara rasmi yang diadakan di pasar terkemuka di Jepun.

Ternyata, obsesi orang Jepun terhadap ikan tuna sememangnya sukar dipisahkan. 

 

Sumber: CBS News

 

Yanie Baharom