Categories: Gaya Hidup

Mahu Rasai Keseronokan Berganda Cuti Sekolah Ini? Jom Ke Mamee Jonker House, Melaka

Cuti sekolah kini bermula. Buat ibu bapa yang pening dan masih fikir nak bawa anak-anak bercuti ke mana, apa kata anda bawa mereka ke Mamee Jonker House.

Foto: Facebook Mamee Jonker House

Mamee Jonker House terletak di lokasi strategik yang terkenal sebagai syurga pencinta makanan, Jonker Street, Melaka.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seisi keluarga di mana pengunjung boleh meneroka keunikan World of Good Taste Gallery, Noodle Doodle, Lil Monsters Kitchen & Merchandise Store, semuanya di bawah satu bumbung!

Foto: Facebook Mamee Jonker House

Di Mamee World of Good Taste Gallery, pengunjung akan dibawa ke masa silam di mana anda boleh mengetahui sejarah jenama Mamee bermula dari 1972 sehinggalah sekarang. Memang nostalgia sangat.    

Di Noodle Doodle pula, anda boleh membuat corak dan mewarna sendiri Mamee Cup anda serta memilih perisa kegemaran anda sendiri. Bukan itu saja, anda juga boleh mempelajari proses pembuatan mee di Lil Monster Kitchen, memang menarik.

Foto: Mamee Jonker House

Selepas penat melakukan aktiviti di sana, anda sekeluarga boleh menikmati seleksi hidangan lazat di Mamee Cafe antaranya Authentic Hainanese Chicken Rice Ball, Mamee Mamak Mee Goreng, Nasi Goreng Kampung, Mamee Pasta with Golden Fries, Ais Cendol dan banyak lagi. Memang sedap!

Foto: Facebook Mamee Jonker House

Foto: Facebook Mamee Jonker House

Foto: Facebook Mamee Jonker House

Bagi pengunjung yang beragama Islam, anda tidak perlu lagi risau atau was-was untuk menikmati makanan di situ kerana Mamee Jonker House adalah satu-satunya restoran yang mendapat pengiktirafan halal di kawasan Jonker Street.

Foto: Facebook Mamee Jonker House

Foto: Facebook Mamee Jonker House

Sebelum pulang, jangan lupa beli produk-produk Mamee di Merchandise Store. Pelbagai cenderemata seperti cawan, key chain, fridge magnet, t-shirt dan banyak lagi dijual di sana.

Foto: Facebook Mamee Jonker House

Alamat: No 46 & 48, Jalan Hang Jebat (Jonker Street), 75200 Melaka.

Waktu Operasi

Isnin, Rabu, Khamis: 10 pagi hingga 5 petang

Jumaat, Sabtu, Ahad: 10 pagi hingga 7 petang

Tutup pada Selasa (kecuali cuti sekolah & cuti awam)

Ad Ops