Categories: FeaturedGaya Hidup

Kafe Masakan Mexico Ini Menghidangkan ‘Nachos Cheese’ Meleleh. Tengok Pun Dah Terliur!

Peminat cheese semua! Jom ke kafe Nachoslah di The Port, Damansara sebab ada hidangan istimewa untuk anda!

Kafe ini menyediakan pelbagai jenis masakan Mexico seperti burrito, tostada, canape, taco dan quesadilla (sebut betul-betul ya! Kei-sa-dee-ya!).

Tapi, nampaknya orang ramai berpusu-pusu ke sini untuk menikmati hidangan signaturenya, iaitu nachos. Dah nama kedai ini pun Nachoslah!

Foto: Instagram Nachoslah

Hidangan ini merangkumi kepingan tortilla yang dihidangkan dengan daging cincang, sedikit sayur dan kacang. Yang menariknya ialah cheese yang menyaluti nachos itu. Memang nampak menggiurkan!

Keju itu dimasak panas-panas dan dituang ke atas nachos, jadi bila anda menjamahnya, keju itu akan melekat sekali. Fuhh!

Foto: Instagram Nachoslah

Nachoslah baru saja dibuka pada bulan November tahun lepas. Walaupun di Malaysia dah ada restoran Mexico sebelum ini, Nachoslah telah memberi pembaharuan dari segi inovasi dalam menunya.

Pemilik Nachoslah ini menyelitkan elemen makanan tempatan dalam masakan mereka untuk menghasilkan menu fusion.

Contohnya, nachos yang dihidangkan dengan rendang ayam atau daging. Uniknya!

Foto: Instagram Nachoslah

Di kafe ini, anda boleh pilih saiz hidangan nachos anda serta filling dalam nachos tu.

Yang paling penting, Nachoslah memang Halal!

Foto Instagram Nachoslah

Jadi, jom ajak geng ramai-ramai untuk menikmati nachos cheese leleh yang gerenti akan buat anda nak lagi.

Nachoslah bertempat di The Port Damansara, Jalan Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama,  Petaling Jaya.

Ad Ops