Categories: Gaya Hidup

Model British-Bangladesh Ramzan Miah Dikecam Netizen Malaysia, Ini Komen Balasnya

Ingat tak berita minggu lepas tentang Ramzan Miah yang mengukir sejarah sebagai lelaki Bangladesh pertama yang menghiasi runway untuk London Fashion Week?

Wuish, bukan senang nak dapat peluang, jadi mestilah dia bangga. Kalau anda pun anda bangga, kan?

Malangnya, pencapaian lelaki yang dilahirkan di Britain ini tidak diterima dengan baik oleh ramai Mak Cik Bawang di Malaysia yang meninggalkan komen-komen berbaur racist di akaun Instagram miliknya.

Satu daripadanya berbunyi: “betul2 rupa bangla bersepah tepi jalan”. Satu lagi: “klo muka cmni bole jd model, maknanya aku pon bpeluang cerah jd model… 1 tahi untuk anda .nice

Eeee, kejinya mereka! Buat malu kaum saja!

Ramzan sendiri telah baca “kritikan” yang dilemparkan dan dia serius tak sangka yang ia akan jadi begini.

“Saya terkejut kerana saya hanya menonjolkan kepelbagaian dan mahu etnik lain untuk lebih mengetahui tentang perubahan yang sedang berlaku dalam industrI ini.

Walaupun dia dikecam, Ramzan terus kekal positif seperti mana dia menonjolkan dirinya di media sosial. Dia hanya ingin sebarkan good vibes.

“Saya rasa sebagai manusia, kita secara automatiknya menilai orang lain, dan saya memang faham! Tapi kita perlu cari cara untuk mengubah tabiat kita ini; cuma kongsikan rasa sayang, bukan benci.”

Selain menerima komen keji di laman media sosialnya, Ramzan berkata ada sesetengah pihak sampai sanggup mensabotajkan akaun Instagram miliknya.

Dia telah menerima banyak amaran dari Instagram sendiri yang memberitahu bahawa ramai orang telah melaporkan akaunnya sebagai palsu dan inginkannya ditutup.

Foto: Ramzan Miah

Ish ish ish! Mereka ini tak ada kerja ke? Sampai begitu sekali!

Walau bagaimanapun, ada juga rakyat Malaysia yang menyalurkan sokongan kepada Ramzan dan memintanya untuk menghiraukan individu-individu yang ternyata jealous ini.

“Saya telah menerima banyak support daripada komuniti Malaysia selepas insiden ini dan saya sangat bersyukur!

“Di dalam hidup ini akan sentiasa ada golongan negatif jadi semuanya bergantung kepada bagaimana anda harunginya.

“Dalam kes ini, komen-komen positif memang banyak membantu saya.”

Sebagai maklumat tambahan, Ramzan yang memulakan kerjaya modelling ketika berumur 17 tahun, kini sedang sibuk berlakon dalam filem The Rocketman. Dia juga akan muncul dalam filem Disney Aladdin! Wow!

Mereka-mereka yang mengutuk dia sebelum ini, kau ada?

Jadi, sebagai manusia, kita tak patut pandang rendah terhadap orang lain, tak kira bangsa atau agama. Hulurkan sokongan saja, okay?

Kalau anda ada perasaan tak puas hati, simpan saja di dalam hati. Tak perlu sebarkan negativity. Ingat, jangan malukan kaum!

Sumber: World Of Buzz

Ad Ops