Categories: Gaya Hidup

Pakai iPhone Di China, Anda Dianggap Miskin!

Pengguna iPhone, sering dikaitkan dengan golongan berpendapatan tinggi. Hal ini berikutan harga Apple iPhone yang jauh lebih mahal berbanding beberapa model telefon pintar yang lain.

Contohnya iPhone XS Max yang harganya bernilai RM7,000.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut sejauh manakah ‘kekayaan’ seorang pengguna Apple, sebuah kajian telah dijalankan bagi mengetahui sosioekonomi pengguna berdasarkan pilihan jenama telefon pintar mereka.

Menerusi keputusan yang dikongsikan ternyata stereotype bahawa pengguna iPhone terdiri daripada golongan berpendapatan tinggi adalah kurang tepat. Berdasarkan kajian, para pengguna berpendapatan tinggi di China lebih cenderung untuk menggunakan jenama Huawei dan Xiaomi.

Foto: JOE.ie

Meskipun bilangan pengguna Apple iPhone adalah tinggi, majoriti daripadanya terdiri daripada mereka yang menerima jumlah gaji sebulan jauh lebih rendah berbanding harga sebuah iPhone. Malah, Apple iPhone seringkali menjadi pilihan anak muda bagi memaparkan ‘kekayaan’ mereka.

Berbeza sekali berbanding pengguna Huawei dan Xiaomi di negara ini yang terdiri daripada mereka yang memiliki karier yang lebih baik serta menerima jumlah gaji bulanan sekitar 5,000 yuan (RM3,011) hingga 20,000 yuan (RM12,044).

Kajian ini dikuatkan lagi dengan majoriti pengguna iPhone yang masih belum memiliki rumah berbanding pengguna Huawei.

Sumber: Vocket

Yanie Baharom