Categories: Gaya Hidup

Tiada angin, tiada ribut, Ain Edruce sah bertunang dengan jejaka pilihan hatinya selepas setahun bercinta

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Siapa tidak kenal dengan pengacara dan pelakon drama Ain Edruce yang terkenal dengan suara serak-serak basahnya.

Ain mula dikenali apabila bakat pengacaraannya yang bersahaja dalam laman Hurr.TV di Youtube menjadi tular, selain lakonannya dalam Kekasih Paksa Rela bersama Remy Ishak dan Intan Najuwa berjaya meninggalkan kesan.

Beliau yang kelihatan anggun dengan persalinan berwarna merah jambu mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya, Amirul Hafiz.

Menurut hantaran yang dimuat naik dalam laman sosial Instagram, beliau memaparkan berita pertunangannya dengan memanjatkan kesyukuran.

Hantaran yang merupakan gambarnya bersama-sama keluarga daripada kedua-dua belah pihak itu mendapat 60,000 likes dan lebih 1,000 komen yang rata-rata berkongsi kegembiraan terhadap pertunangan itu.

 

Sebelum ini, Ain pernah tular dengan tindakannya yang membawa tunangannya menaiki helikopter bersempena sambutan hari lahir Amirul.

Majlis ringkas tanpa pelamin itu dipuji netizen yang mengagumi kecantikan beliau, selain kesederhanaan pasangan terbabit dalam mengikat tali pertunangan.

Apa pendapat anda?

tex_admin