Gaya Hidup By: tex_admin October 4, 2018 @ 1:00pm

Tip Pemanduan Ketika Musim Hujan Yang Perlu Anda Praktikkan

Sekarang ini hujan tak tentu masa kan? Kadang hujan pada waktu pagi, kadang waktu petang. Bukan setakat hujan saja, banjir kilat juga berlaku di sesetengah kawasan. 

Musim hujan sebegini sedikit sebanyak akan mengganggu aktiviti seharian anda, tak kiralah pada suri rumah mahupun mereka yang bekerjaya. 

Bagi anda yang terpaksa memandu ketika hujan, pasti ianya menjadi satu cabaran kan? Ini kerana, memandu dalam keadaan jalan raya yang basah dan berkabus bukanlah sesuatu yang mudah, kalau terlanggar lopak air boleh berlakunya kemalangan!

Foto: Pandu laju

Namun, sejauh mana kita semua peka tentang keselamatan ketika memandu di musim hujan ini? Pengalaman penulis sendiri di jalan raya, penulis dapati ada juga pemandu yang memandu dengan laju ketika hujan lebat. Mungkin mereka ini tidak menitik beratkan soal keselamatan diri mahupun pemandu yang lain.

Jadi, bagi anda semua, ikuti 5 tip ini yang boleh membantu anda untuk sampai ke destinasi dengan selamat walaupun dalam keadaan hujan lebat. 

1. Jaga jarak anda

Foto: Paul Tan

Keadaan jalan raya yang basah dan licin boleh mengundang bahaya ketika anda memandu. Kadang-kadang ketika anda memandu, ada satu masa yang memerlukan anda untuk brek secara mengejut tanpa disangka-sangka.

Ataupun, jika pemandu di hadapan brek mengejut, anda juga perlu brek, jadi lebih selamat anda mestilah mempunyai jarak yang cukup antara kereta anda dan kereta di hadapan anda. 

2. Memandu dalam keadaan perlahan

Foto: Tribunes

Ketika hujan, anda dinasihati untuk memandu dengan lebih perlahan mengikut aliran trafik ketika itu. Memandu perlahan lebih selamat! Lagipun, jika kereta anda terkena hujan lebat diikuti dengan percikkan dari kenderaan lain, ia boleh mengurangkan jarak penglihatan di semua arah. Mungkin ketika ini anda jadi kelam kabut untuk mengawasi pemanduan. 

3. Elakkan penggunaan brek terlalu banyak

Foto: OhMedia

Anda juga perlu mengurangkan penggunaan brek dan bergerak secara perlahan sekaligus mengekalkan kawalan ke atas kenderaan anda. Ini adalah cara yang baik untuk mengelakkan kereta anda ‘tergelincir’ akibat tekanan brek pada takungan air yang ada di jalan raya.

4. Berhati-hati dengan hidroplanning

Foto: Otomatif

Adakah anda tahu apa hidroplanning? Hidroplanning berlaku apabila kereta anda bergerak di atas air tanpa menyentuh tanah. Apabila kereta yang dipandu pada kelajuan yang tinggi, kawalan untuk pemandu itu sendiri akan berkurangan sehingga boleh mengundang bahaya. 

Jika berlakunya hidroplanning, anda perlu bertenang, menekan brek secara teratur dan beri sepenuh perhatian pada stereng kereta anda. Seterusnya, fokus pada pemanduan dan biarkan kereta anda perlahan dan tayar akan kembali semula pada permukaan jalan.

5. Sentiasa nyalakan lampu kenderaan anda

Foto: OhMedia

Biasanya, waktu hujan kabus akan berlaku dan menjadikan suasana menjadi suram dan mendung. Dalam keadaan ini, anda perlu sentiasa menyalakan lampu kenderaan anda agar pemanduan lebih jelas sekaligus pemanduan lain juga dapat melihat kehadiran kenderaan anda.

Jadi, berhati-hatilah ketika memandu, bukan dalam keadaan hujan sahaja, anda perlu sentiasa berhati-hati dalam apa jua keadaan. Ingat ya, paling banyak kematian berpunca daripada kemalangan jalan raya. Hati-hati!

Sumber: OhMedia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Jun 2020

Tag roti Gardenia jadi aksesori cantik penyambung pelitup muka

Murah, bergaya, paling penting kitar semula

Gaya Hidup Fri, 17 May 2019

Ikuti cara mandi wajib yang betul supaya puasa anda sah

Selepas habis datang haid atau bersama pasangan, anda perlu mandi wajib.

Featured Fri, 8 May 2020
Gaya Hidup Mon, 22 Jul 2019
Gaya Hidup Mon, 13 May 2019

Panduan mudah solat tarawih di rumah, indahnya beribadah

Jangan sedih kalau tidak sempat ke masjid

Featured Fri, 30 Nov 2018

Selain Membayar Rumah, Anda Boleh Keluarkan Wang KWSP Untuk 7 Tujuan Ini

Langsaikan hutang PTPTN anak anda dengan skim Pengeluaran Pendidikan KWSP.

Featured Fri, 15 May 2020
Featured Sat, 3 Dec 2022

Utamakan Kerjaya Berbanding Jodoh, Dah 6 Tahun Nabila Razali Tak Bercinta

Penyanyi Nabila Razali masih belum mempunyai kekasih hati kerana ingin mengutamakan kerjaya dalam bidang seni. Menurut gadis yang mesra disapa Bella, perjalanannya di dalam industri bukan suatu perkara yang mudah dan sayang untuk dilepaskan jika […]

Gaya Hidup Mon, 25 Jun 2018

Mesin Basuh Kotor Dan Berkeladak. Ini Cara Mudah Untuk Bersihkannya!

Tetapi tahukah anda, mesin basuh juga akan menjadi kotor dan berkeladak jika tidak dicuci!

Featured Sat, 8 Sep 2018

Anak Sulung Jessica Alba Dah Besar Panjang & Mirip Rupa Ibunya

Tak sangka yang Jessica Alba dah menjadi ibu selama sedekad.