Categories: Gaya Hidup

Waris Mendiang Steve Irwin Dinobatkan Wildlife Photographer Of The Year!

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

Sebagaimana besar rasa kecintaan mendiang bapanya, mendiang Steve Irwin, terhadap haiwan begitulah Robert Irwin diibaratkan.

Sudahlah wajah mereka seakan sama, Robert yang merupakan seorang pencinta haiwan persis ayahnya sedari kecil lagi, turut mengambil keputusan untuk mengikuti jejak langkah ayahnya dan kini sedang menguruskan sebuah zoo bersama ibu dan kakaknya.

Apa yang membezakan Robert dengan mendiang bapanya, remaja berusia 14 tahun ini menyatukan minat dan kemahiran yang dimilikinya dengan merakam gambar-gambar detik menarik haiwan di sekelilingnya.

Terbaharu melalui perkongsian gambar di Instagram yang menunjukkan karyanya berjaya dinobatkan sebagai ‘Wildlife Photographer of the Year’ untuk kategori umur 11 hingga 14 tahun.

Menurutnya, gambar tersebut berjaya dirakam ketika dirinya melawat ke kawasan terpencil di utara Queensland, Australia. Kini gambar tersebut terpilih untuk dipaparkan di Natural History Museum, London.

Robert meluahkan rasa bangga dan terharu atas penghargaan oleh para juri dan diiktiraf sebagai jurugambar hidupan liar paling berprestij di dunia.

Sumber: Mail Online

Yanie Baharom