Categories: LIFESTYLE

Perokok Ambil Inisiatif ‘Standby’ Pita Ukur Dalam Poket Demi 3 Meter

Semua premis makanan diwartakan sebagai tempat larangan merokok bermula 12 tengah malam 1 haribulan lalu, selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018.

Menurut laporan Bernama, hari pertama penguatkuasaan, sebanyak 1,453 surat amaran telah dikeluarkan dan seramai 3,879 individu telahpun diberikan nasihat.

Sehubungan perlaksanaan itu, ada diantara perokok mengambil inisiatif sendiri dengan membawa pita mengukur untuk memastikan jarak 3 meter yang dibolehkan merokok.

Rakaman video seorang lelaki memegang pita pengukur dari jauh sambil dibantu rakannya yang duduk di meja menarik perhatian netizen yang rata-rata lucu dengan tindakannya.

“Kawan-kawan nak hisap rokok, kena duduk jauh-jauh 3 meter,” kata kawannya

Moga dapat memberi kebaikan pada semua dengan pelaksanaan terbaru ini.

Sumber: Video ViralMeletop

 

SGMS Enal