‘Aku Tak Hadap Nak Pergi Show B****’, Azwan Ali Bengang Dibayar Harga Tak Masuk Akal!

Selebriti Diva Azwan Ali kecewa dengan sikap seorang selebriti Singapura yang dianggap menghinanya kerana membayar dengan kadar tidak sepatutnya di dalam sebuah acara, baru-baru ini.

Luah Azwan menerusi rancangan Melodi hari ini, dia berada terhina kerana diberi bayaran SD 100 (sekitar RM300) ketika membuat kemunculan khas di sebuah majlis di Singapura hujung Disember lalu.

“ Aku tak hadap nak pergi ke show b**** itu. Ketika diminta ke acara itu, aku cakap bayarlah berapa-berapa pun dengan harga yang sesuai. Disebabkan aku hanya akan keluar sekejap sahaja.

“ Tetapi aku memang terkejut bila dibayar SD 100 sahaja. Ini bukan sesuai, ini kau beli b** mak kau. Aku dah whatsapp individu berkenaan tetapi belum dibalas. Berani kerana benar,” luahnya kecewa.

Dalam masa sama, Azwan masih menanti jawapan logik daripada individu berkenaan mengenai hal ini. 

Difahamkan, majlis itu turut dihadiri penyanyi Datuk Nassier Wahab, Datuk Khatijah Ibrahim dan penyanyi Singapura, Rahimah Rahim. 

SGMS Faida