Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Fatin Nurain January 5, 2023 @ 1:20pm

Gelagat Emma Maembong Layan Anak Baring Atas Jalan Raih Perhatian

Gelagat pelakon Emma Maembong melayan kerenah anaknya, Shariq Gabriel mula menjadi perhatian dalam kalangan peminatnya kebelakangan ini.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Emma kelihatan sangat tenang melayan kehendak putera kesayangannya itu yang ingin berbaring di atas jalan.

Menurut Emma, dia terpaksa akur untuk baring bersama dengan Gabriel selepas beberapa kali memujuknya untuk bangun.

“Bila dia taknak dukung, taknak jalan, taknak buat apa just nak baring, cakap kotor angkat dia nangis, jadi kita baring sekali,” tulisnya.

@kopipanas2uBerdekah aku gelak, Emma Maembong memang sempoi. Semua mommy kena follow tips Emma.

♬ original sound – Kopi Panas

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons yang rata-ratanya kagum dengan kesabaran dan cara didikan Emma.

“Sebenarnya emma enjoy, dia berjaya healing sama anak dia. Perkara yang tak pernah dia terfikir dia akan buat 😂

“Tak perlu pun semua mommy kena follow tips Emma ni. Cara masing-masing. Emma baring tepi jln pun nmpk cantik 😂

“Sebiji anak aku. Tapi tak tergamak aku nak baring sekali. Fasa-fasa macam ni memang perlu kesabaran yang tinggi.

“Beginilah jaga anak. Makin kita marah makin anak-anak mengamuk. Baik layan. Hati kita pun tenang je,” komen warganet.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Nov 2019
Hiburan Sun, 11 Mar 2018

Nabil Ahmad Hargai Peminat, Bawa Tunai Umrah

Dalam perkembangan lain, Nabil juga turut mengumumkan bahawa ada ganjaran lain buat peminatnya selain pakej umrah tersebut. Haa, kalau semua nak tahu kenalah tunggu 24 Mac nanti okay

Featured Thu, 4 Sep 2025

“Kita Minta Allah Lindung Tapi Hanya Syaitan Akan Sakit Hati” – Fazura

Faz tampil menjelaskan sekali lagi bahawa apa yang berlaku petunjuk dari Allah.

Featured Fri, 10 Oct 2025
Hiburan Thu, 10 May 2018

Selena Takkan Kembali Semula Dengan Justin Bieber

Betul ke Selena Gomez,dikatakan sudah berpatah arang dan enggan menyambung kembali percintaan dengan Justin Bieber, penyanyi dan pelakon

Hiburan Thu, 30 Apr 2026

“Dia Bagi Sikit Zakat, Anak Dapat Makan Ayam Goreng…” – Tiga Hari Sebelum Direman, Azar Azmi Sebak Kenang Kebaikan Ozlynn Waty

Pelakon, Azar Azmi mendedahkan rakan industri, aktres Ozlynn Waty adalah individu yang sempat dihubunginya sebelum tiga hari ditangkap reman. Menerusi podcast sembang seram dikendalikan oleh Safwan Nazri, Azar menyifatkan Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak […]

Hiburan Fri, 20 Jun 2025

“Tak Mungkin” – Fikry Ibrahim Tepis Dakwaan Isu Rumah Tangga Hanya Gimik

Fikry Ibrahim enggan ulas kenyataan bercanggah dengan peguam mewakili isterinya

error: Content is protected !!