Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 14, 2025 @ 4:56pm

Genap 6 Tahun Berkahwin, Nelydia Senrose Sudah Bersedia Bergelar Ibu

Genap enam tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon cantik Nelydia Senrose mengakui dirinya sudah bersedia untuk bergelar ibu.

Menurut Nelydia, atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Binti Nik Sen, 31, dia sentiasa terbuka menerima kehadiran cahaya mata jika diberikan rezeki oleh Allah SWT.

“Saya sentiasa terbuka untuk dikurniakan rezeki (anak) daripada Allah SWT. Kalau sudah tertulis, saya terima dengan hati yang gembira. Itu pasti menjadi kebahagiaan terbesar buat saya. Selebihnya, saya serahkan kepada percaturan-Nya,” ujar Nelydia dengan penuh makna.

Bercakap tentang hubungan akrabnya dengan anak kakaknya, Uqasha Senrose, iaitu si comel Hawra Uqaira, Nelydia mengakui bayi itu benar-benar mencuri hatinya.

“Saya sangat sayangkan Uqaira, dialah soft spot saya! Setiap kali tengok dia, hati saya rasa sebak dan hampir menangis. Memang saya dah ada anak saudara sebelum ini, tapi mungkin sebab Uqaira ni anak saudara perempuan pertama dalam keluarga, jadi perasaan tu lebih kuat,” katanya penuh kasih.

Selain Uqaira, Nelydia juga menyayangi anak kepada adiknya, Raysha Rizrose, walaupun jarang dapat meluangkan masa bersama.

“Anak Raysha pun saya sayang sangat, cuma kami jarang dapat berjumpa sebab saya dah mula sibuk dengan penggambaran. Tapi saya tetap akan cari masa untuk luangkan waktu dengan mereka,” tambahnya.

Bagi Nelydia, kehadiran dua si kecil dalam keluarganya sejak tahun lalu adalah anugerah yang paling bermakna dan menambahkan lagi kebahagiaan dalam hidupnya.

Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Nelydia bakal membintangi sebuah drama Seindah Hujan Cinta di TV3 selepas hampir setahun tidak terlibat dalam mana-mana penggambaran.

“Watak saya dalam drama ini memang sangat berbeza daripada yang saya pernah bawa sebelum ini, nak kata antagonis itu boleh tetapi ada ‘dark side’.

“Selain itu, skrip drama ini menarik, bayaran pun setimpal dan saya juga rindu nak berlakon,” katanya.

Sebelum ini, Nelydia menjadi sorotan ramai sejak Jun tahun lalu selepas tular beberapa video memaparkan dirinya tidak memakai hijab.

Artikel Berkaitan: Terus Kunci Mulut Isu Buka Tudung, Nelydia Senrose Berusaha Perbaiki Diri Ke Arah Kebaikan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Dec 2025

Teruja Bawa Watak Rashid Sidek, Kim Azzim Anggap Filem ‘Sentuhan Wira’ Sebagai Pencapaian Besar Dalam Karier

Bakal membawa watak legenda badminton Datuk Rashid Sidek, Kim Azzim bersyukur & teruja atas kepercayaan yang diberikan.

Hiburan Sat, 27 Oct 2018

Pematah Hati Gagal Ke Semi Final Muzik-Muzik 33

Siapa yang tidak sedih bila lagu yang mempopularkan dirinya tidak berjaya ke Semi Final Muzik Muzik 33

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Zarina Anjoulie Kutuk Minah Dagu Senget, T***k Mini Sajat?

Zarina Anjoulie label wanita ini sebagai…

#LaguXTRA Thu, 7 Sep 2023
Featured Wed, 19 Nov 2025

Rita Nadira Tayang Kekasih Hati – “Happy Birthday My Love”

Rita Nadira menyorot perhatian ramai selepas berkongsi foto bersama teman istimewanya.

Hiburan Thu, 18 May 2023
error: Content is protected !!