Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri October 7, 2018 @ 1:30pm

Gunakan iPhone Seperti Seorang Jurugambar Pro Dengan 3 Lensa Kamera Ini

Rata-rata semua pengguna iPhone bersetuju bahawa jenama telefon ini dapat menghasilkan kualiti gambar yang terbaik, terutamanya model-model versi baharu. Tetapi, bagaimana pula dengan model yang lama?

Untuk pengguna iPhone model 6s dan kebawah, jangan risau, anda tidak perlu membeli telefon pintar baru bagi mendapatkan kualiti yang lebih bagus kerana terdapat banyak jenis lensa kamera tambahan di pasaran yang boleh anda cuba!

Aukey Professional 3 In 1 Clip-On Universal Camera

Lens iPhone 3 in 1 terbaik

Lens iPhone 3 in 1 terbaik

Tersedia dalam kombo 3 dalam 1 ini adalah, fisheye lens (untuk gambar hemisfera lebar), Macro lens (untuk gambar yang sangat dekat dan rapat) dan wide angle lens (untuk gambar landskap atau selfie yang luas dengan cantik). Kanta kacanya yang bergred HD mampu mengelakkan silau, pantulan cahaya dan juga sudut hitam di sekeliling gambar.

AUKEY iPhone Camera Lens, Fisheye and Macro Lens

Fisheye lens untuk iPhone

Fisheye lens untuk iPhone

Kit kanta ini merangkumi fisheye lens 160° yang membolehkan anda untuk mengambil pemandangan landskap yang sehampir 180° (pemandangan kiri ke kanan dengan jelas). Lensanya dibina dengan aloi aluminium dan disadur dengan pelbagai unsur untuk mengurangkan pantulan cahaya dan lain-lain gangguan ketika mengambil gambar. Dalam pada itu, aspek boleh cabut lensa ini dimudahkan dengan klip getah untuk mengurangkan geseran supaya tidak mencalarkan iPhone anda.

4K HD iPhone LENS SET

HD lens untuk iPhone

HD lens untuk iPhone

Keupayaan untuk mengambil gambar dengan extra ketajaman merupakan keutamaan lensa ini, yang menggunakan kaca lensa optical lanthanum untuk menambahbaik transmisi cahaya. Lebih lagi, badan lensa pula dibuat daripada aloi aluminium untuk tahan lama dan mengelakkan kaca daripada mudah pecah.

Baiklah,sampai disini sahaja perkongsian kami pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk anda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 8 Mar 2023
Hiburan Mon, 6 Nov 2023

Publisiti Murahan… Itu Bukan Cara Saya – Siti Saleha

Artis mana yang suka buat publisiti murahan???

TECH Sun, 22 Jul 2018

MacBook Pro 15 inci Dengan Cip i9 (2018) Dilaporkan Cepat Panas

MacBook Pro 15 inci dijana dengan cip pemprosesan 6-teras Core i9- 8950HK adalah komputer riba berharga premium keluaran Apple untuk tahun ini. Melalui cip terbabit, ia menjanjikan kelajuan pemprosesan sehingga 2.9GHz yang mana lebih laju berbanding keluaran terdahulu tetapi […]

Featured Mon, 15 Jul 2024
Contest Tue, 6 Sep 2022
Featured Thu, 13 Apr 2023

Tiada Niat Provokasi, Surat Terbuka Syada Amzah Sekadar Luah Rasa Rindu Buat ND Lala

Istilah buang bapa ini tidak timbul sama sekali – Syada Amzah

Featured Wed, 9 Jul 2025

“Semua Lari Bertempiaran Macam Lipas Kena Spray” – Uyaina Arshad

Uyaina tampil mendedahkan netizen kaki buli akhirnya padam komen.

error: Content is protected !!