Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 17, 2023 @ 12:20pm

Hail Amir Tidak Tolak Rezeki, Masih Aktif Menyanyi – “Itu Ubat & Terapi Saya”

Penyanyi popular era 1970-an, Datuk Hail Amir masih menerima tawaran untuk menjayakan persembahan nyanyian sehingga kini.

Menurut Hail atau nama sebenarnya, Abdul Hail Amir, dia bimbang sekiranya menolak sebarang tawaran atau rezeki, kemungkinan selepas ini tiada lagi peluang untuk menyanyi.

Penyanyi yang kini sudah berusia 75 tahun itu turut meluahkan rasa syukur apabila masih lagi menerima undangan untuk membuat persembahan dalam mana-mana acara biarpun pernah berdepan serangan jantung sebelum ini.

“Rezeki ini kalau ditolak, susah untuk dapatkan semula. Tuhan marah sangat sesiapa yang tolak rezeki. Alhamdulillah, sungguhpun saya sudah lama tidak menjayakan konsert, saya tetap menerima undangan dan tawaran untuk membuat persembahan dalam pelbagai acara.

“Januari lalu, saya ada menjayakan persembahan di Brunei selama seminggu. Selepas itu, saya juga ada pergi ke Sarawak, Sabah dan Perak untuk memenuhi undangan membuat persembahan nyanyian.

“Tawaran untuk membuat persembahan itu masih ada dan berterusan sehingga kini. Kalau hujung minggu ada juga dalam satu atau dua tawaran, Alhamdulillah itu rezeki,” katanya.

Selain itu, pelantun lagu Wajah Kesayangan Hamba menganggap menyanyi di hadapan penonton sudah menjadi terapi buat dirinya.

“Semangat menyanyi saya masih kuat. Dalam usia ketika ini, kalau ada tawaran untuk menjayakan sebarang persembahan saya sangat gembira.

“Itu juga sebenarnya adalah ubat dan terapi saya, kalau tidak saya hanya duduk di rumah sahaja tanpa sebarang aktiviti.

“Apabila dapat kembali menyanyi di hadapan orang ramai, saya rasa sangat selesa dan perasaan gemuruh itu tiada,” jelasnya.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Hail ketika ditemui di sidang media Konsert Raya Sepanjang Zaman anjuran Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di Hotel Traders, Rabu lalu.

Dalam perkembangan lain, Hail bakal tampil menjayakan Konsert Raya Sepanjang Zaman anjuran MPO yang dijadual berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada 6 Mei depan.

“Saya berbesar hati apabila dipanggil untuk menyanyi bersama dengan MPO. Saya fikir sudah lama tidak menyanyi dengan orkestra, jadi saya ucapkan terima kasih kepada MPO kerana sudi menjemput saya,” katanya.

Konsert yang bakal dikemudikan oleh Konduktor MPO, Ahmad Muriz Che Rose turut menampilkan beberapa penyanyi lain iaitu Sanisah Huri, Ziana Zain dan Bob Yusof.

MPO dan penyanyi terbabit akan mendendangkan medley lagu raya popular daripada Datuk M Nasir, Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang pasti akan menggamit nostalgia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Jul 2018

Da’i Danial Tak Jangka Tersingkir

Memang tak jangka, tapi peserta berusia 27 tahun ini akur dengan adat dalam sesebuah pertandingan. Kalah atau menang adalah lumrah sesebuah program realiti. Sabarlah ya, Insha Allah ada rezeki lebih baik menanti di luar sana!

Featured Fri, 24 Mar 2023
Trending Wed, 20 Feb 2019

Pereka fesyen Karl Lagerfeld meninggal dunia!

Pemergiannya adalah kehilangan besar bagi dunia fesyen!

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

‘Sedih Tetapi Dah Terima Hakikat’- Pengarah Drama Nur

Saya berharap peminat tidak kecewa kerana…

Trending Sat, 11 Sep 2021

Dana Perniagaan Berjumlah RM200,000 Menanti Pendengar Bertuah Buletin FM

Selepas transformasi baharu yang dilakukan oleh Buletin FM, kini stesen radio di bawah Media Prima Audio bakal menampilkan kempen menarik buat pendengar setia iaitu Usahawan Buletin FM. Buletin FM tampil dengan kempen yang lebih memfokuskan […]

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

WOW! Henry Golding Bakal Berlakon Dengan Matthew McConaughey

Henry menerusi Instagram miliknya menulis kapsyen memaklumkan dia tidak sabar untuk bekerja dibawah arahan Guy. Good luck Henry!

error: Content is protected !!