Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin January 23, 2018 @ 2:52am

HANYA DOA SELAMAT UNTUK BAYI SULUNG SAYA – DATUK SITI NURHALIZA

Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza menegaskan masih tiada perancanganuntuk mengadakan baby shower buat bayi nya yang bakal lahir pada Mac ini. 

Bagi Siti, walaupun tiada sebarang perancangan mengenai sambutan itu, tetapi doa selamat akan diadakan dan dihadiri oleh ahli keluarga, anak-anak tahfiz dan rakan terdekat sahaja.

“Saya memang tidak ada perancangan untuk mengadakan sebarang majlis baby shower untuk menyambut kelahiran bayi sulung.

“Baru-baru saya dan suami ada membuat majlis doa selamat yang dihadiri keluarga, anak-anak tahfiz serta rakan terdekat sahaja,” Katanya.

Datuk Siti Nurhaliza ketika Majlis Ulangtahun kelab peminatnya

Tambah Siti lagi, dia akan melalui proses berpantang sama seperti wanita lain dan akan membuat latihan vokal untuk mengembalikan tenaga dan aktif dalam bidang nyanyian selepas bersalin nanti. 

“Saya juga akan mengembalikan stamina atau tenaga untuk aktif semula menyanyi selepas bersalin nanti,” jelasnya.

Sekitar Majlis ulangtahun Sitizoners di Kuala Lumpur baru-baru ini

Pada majlis ulang tahun kelab peminatnya, Sitizoners itu di Bizmilla Insya Hall, Kuala Lumpur Siti turut menyanyikan lagu terbarunya berjudul Comel Pipi Merah itu buat pertama kalinya, istimewa buat peminat-peminatnya yang hadir pada hari tersebut.

Menurut Siti, idea asal lagu Comel Pipi Merah ini diinspirasikan oleh arwah bapanya sendiri yang sering menyanyikan lagu tersebut untuk anak dan cucu-cucunya ketika masih kecil. 

“Idea lagu tersebut saya ambil daripada arwah bapa saya sendiri yang suka nyanyikan untuk anak-anak dan cucunya ketika kecil. Cuma saya ada ubahkan rentaknya sedikit. Pertama kali suami saya dengar dia dah tersengih dan sangat sukakan lagu itu,” katanya.

Datuk Siti bersama suaminya, Datuk K

Datuk Siti juga berkongsi cerita bahawa suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K turut menyukai lagu tersebut ketika pertama kali mendengarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] Digelar Pembawa Bala Oleh Netizen? Ini Respons Baby Shima

Allahu tak baiknya cakap macam tu.. Siapa lah kita untuk menghukum? 😔

Hiburan Mon, 11 Aug 2025
Hiburan Thu, 12 Sep 2019

泰风来袭!dimsum 携9位泰星来马开唱

泰风来袭!dimsum携9位泰星来马开唱,Sunny和霸总Tor 11月来马会粉丝。

Hiburan Sat, 6 Jan 2024
Hiburan Fri, 14 Feb 2025

[VIDEO] Manja Saling Berpelukan, Tindakan Jefri Nichol Ci*m Pipi Ameera Khan Buat Ramai Kesal

Jefri Nichol selamba cium pipi Ameera Khan, netizen petik nama Neelofa dan PU Riz

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Featured Thu, 29 Sep 2022

“Apa Perasaan Anda Jika Ada Penumpang Wanita Mengherdik…” – Fazura

Fazura kongsi kejadian semasa bawa anak-anak kecil dan autistik naik kapal terbang, tapi lain yang jadi… 🥺

Hiburan Fri, 20 Dec 2019
error: Content is protected !!