Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 14, 2024 @ 4:44pm

Jayakan Watak, Hariz Hamdan Cabar Diri Cium Kaki Farah Ahmad – “Keadaan Ketika Itu Jijik, Tapi…”

Demi merealisasikan karakter, pelakon kacak Hariz Hamdan mencabar diri untuk menjayakan babak mencium kaki aktres senior, Farah Ahmad.

Menurut Hariz, 22, dia mengaku keadaan ketika itu jijik, tapi dia tetap meneruskan adegan terbabit demi melunaskan jalan cerita karya yang dilakonkan.

“Bayangkan sahaja, sebelum penggambaran adegan itu berlangsung, cuaca di luar hujan lebat. Kami menjalani penggambaran dalam sebuah gudang. Keadaan ketika itu agak jijik dengan lantai yang berlumpur dan berpasir disertai dengan banyak habuk dan lalat yang berterbangan.

“Pada mulanya, saya rasa agak jijik untuk buat babak itu, tapi saya faham ini merupakan tanggungjawab sebagai seorang pelakon untuk melunaskan tanggungjawab,” kata Hariz.

Membawakan watak sebagai Qabil dalam siri X-Change, Hariz tidak serik menjayakan watak-watak berbeza di masa akan datang.

“Babak cium kaki Farah Ahmad sudah ada dalam skrip. Sememangnya saya tak ada halangan untuk menjayakan segala adegan, selagi ia tidak bertentangan prinsip saya. Saya tak serik dengan apa yang dilakukan.

“Babak itu juga menjadi kekuatan dalam drama itu, jadi saya memang harus melakukannya. Akhirnya, babak itu perlu kami ulang beberapa kali bagi mendapatkan beberapa sudut kamera dan ‘shot’ terbaik,” ujarnya.

Drama X-Change terbitan Radius One itu turut dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Arfie Shah, Joey Leong, Sadiq Jamil, Steve Yap, Marisa Yasmin, Angeline Tan, Alvin Wong serta Shweta Sekhon dan mula ditayangkan pada 12 Julai lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Aug 2025

Hidung Mancung Jadi Tumpuan, Kejelitaan Ezzanie Jasny Raih Perhatian Warganet

Netizen pertikai hidung Ezzanie Jasny original atau tidak

Hiburan Thu, 9 Aug 2018

FaizaL Tahir Tegur Artis Baru Jangan Malas

Faizal Tahir memberitahu adalah tidak wajar bagi artis baru menarik diri dari mana-mana pertandingan yang melibatkan artis senior dengan alasan takut untuk menghadapi persaingan.

Filem Thu, 8 Dec 2022

Duan Nago Bogho Bukan Sekadar Filem Aksi, Angkat Perjuangan Maruah Seni Mak Yong

Tidak dapat dinafikan filem yang bercorak aksi sememang-memangnya merupakan genre yang cukup digemari oleh penonton di Malaysia. Melihat kepada potensi filem yang sebegini telah membuatkan syarikat produksi Kalamarif Holdings Sdn. Bhd. muncul dengan sebuah naskhah […]

Kisah Viral Wed, 28 Aug 2024
Featured Fri, 3 Sep 2021
error: Content is protected !!