Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 10, 2025 @ 3:25pm

Harris Annuar Dedah Sikap Jurufoto Belasah Pereka Fesyen DSV – “Dia Seorang Yang Baik, Solat & Bukan Jenis Panas Baran”

Pelakon dan pengacara, Harris Annuar mendedahkan bahawa jurufoto yang terlibat menyerang pereka fesyen usahawan selebriti, Datuk Seri Vida iaitu Razman dan Razmi merupakan rakan baiknya.

Mengaku terkejut sebaik sahaja dimaklumkan mengenai insiden yang berlaku, Harris berkata, jurufoto terkenal, Aqo Imran itu bukanlah seorang yang panas baran dan sewenang-wenangnya bertindak demikian.

“Saya sangat terkejut dan tak jangka datang daripada Aqo. Dia yang saya kenal bukan begitu, mungkin sebab sudah lama pendam. Saya pun tak tahu ada orang berhutang dengannya.

“Sepanjang saya duduk dengannya ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara 2020 hingga 2023, dia merupakans eorang yang baik, sembahyang dan tak buat hal.

“Dan, mungkin tindakannya itu adalah disebabkan dia terlalu geram atau sudah lama memendam rasa,” katanya kepada pemberita.

Doa agar urusan sahabatnya dipermudahkan

Dalam pada itu, Harris yang hadir pada prosiding Aqo di Mahkamah Majistret Jenayah, Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini berharap agar urusan sahabatnya itu dipermudahkan.

“Saya doakan tiada apa yang teruk berlaku kepadanya. Kami kenal sudah lama. Jadi, bila sudah kenal lama, luar dalam pun kita sudah tahu, jadi diharapkan semuanya okay,” jelasnya.

Terdahulu, Aqo atau nama penuhnya, Muhammad Imran Khairil, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dua orang pereka fesyen dalam satu majlis yang berlangsung pada Rabu.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Februari depan.

Sebelum ini, Razman Razmi cedera di bahagian muka selepas diserang dan dipukul oleh Aqo apabila dia bertindak agresif kerana didakwa mempunyai masalah hutang dengan pereka fesyen tersebut.

Mereka kemudian menerima rawatan sebelum pihak penganjur bertindak membuat laporan polis.

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Mon, 20 Aug 2018

Euww… Busuknya Bau Kaki Kamu, Ikut Lima Langkah Ini!

Walaupun ada cara untuk mengatasi kaki berbau tetapi ini dikongsikan cara untuk mencegah kaki berbau

Hiburan Fri, 16 Mar 2018

三胞胎「大韩」近照公开!宋一国:别再长了

韩国最萌三胞胎「大韩、民国、万岁」从实境秀窜红,离开节目后回归正常生活,粉丝只能从星爸宋一国的IG才能得知他们近况。趁着三人满6岁生日的前夕,爸爸公开老大摘掉眼镜的「近照」,已逐渐看出小男孩的轮廓,让他舍不得大呼:「别再长啦!」

Hiburan Mon, 9 Dec 2019
Hiburan Sun, 24 Nov 2024

“Saya Mahu Beri Keselesaan, Semua Akan Duduk” – Aina Abdul

Aina Abdul mahu beri keselesaan kepada semua.

Featured Thu, 5 Sep 2019
Featured Wed, 31 May 2023
Trending Sat, 13 Oct 2018

Rasa Terbeban Pakai Tudung? Gadis Ini ‘Dihentam’ Netizen Lepas Kongsi Pendapat

Pada pandangannya jika orang menggalakkan orang lain untuk memakai tudung, begitu juga dia yang ingin menggalakkan orang membuka tudung.

error: Content is protected !!