Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 18, 2021 @ 1:30pm

“Hasil Kerja Keras Jadi Artis Dan…” – Beli Rumah RM2 Juta, Mawar Rashid Tepis Sangkaan ‘Wanita Materialistik’

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengakui bukan mudah untuk menggapai apa yang diinginkan termasuklah memiliki sebuah rumah impian berharga jutaan ringgit dalam usia yang begitu muda.

Menurutnya, kerja keras dan niat untuk membantu keluarga adalah faktor utama kejayaannya hari ini walaupun dia sedar terdapat segelintir netizen yang melabel dirinya sebagai materialistik.

“Sebenarnya, syukur Alhamdulillah, duit dari menjadi artis ni syukur sangat-sangat, memang boleh buat sampai saya beli rumah. Campur pula dengan kerja keras suami.

“Jadi macam saya sendiri,  ia memang duit daripada kerja keras menjadi artis, berlakon, endorsement, kempen dan disokong dengan pendapatan dari bisnes saya, Mawarose. Sebab bisnes itu dapat gaji tiap-tiap bulan.

“Orang ramai cakap jadi artis ni tak ada duit tapi sebenarnya syukur… Alhamdulillah kerana jadi artis inilah punca rezeki utama saya sebenarnya,” katanya kepada Xtra.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Tidak suka berfikiran negatif terhadap pandangan orang ramai yang menggelarnya materialistik dan hanya bergantung harap kepada suami, Mawar akui niat adalah paling penting dan selebihnya berserah kepada Allah  SWT.

“Mawar memang sejenis kuat bekerja dan niat Mawar bukan nak famous semata-mata tetapi bantu keluarga dan orang lain.

“Mawar takut juga kalau terlampau fikir benda negatif, macam apa orang kata, takut nanti dia mengacau fokus kita terhadap matlamat sebenar dan tak boleh nak all out. Yang penting kerja keras dan percaya Allah maha adil,” jelasnya.

Selain itu, mengakui pandemik memberi tekanan kepada ramai pihak, namun perniagaan yang diusahakannya mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.

“Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ni, bisnes pun launching masa PKP masih berkuatkuasa. Tapi syukur Alhamdulillah, bisnes ini dapat membantu ramai orang untuk mencari rezeki termasuklah dari segi pendapatan. Bukan itu sahaja, kita pun akan guide mereka macam mana nak buat jualan dan sebagainya.

“Apa yang penting untuk berjaya ni kita kena jaga circle kita dan kuat semangat untuk terus berusaha,” jelasnya.

Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid turut berkongsi mengenai perkembangan terkininya yang sekarang ini sedang sibuk menjalani penggambaran drama 13 episod arahan Khabir Bhatia berjudul Villa Kristal yang turut dibintangi oleh Mimi Lana, Tiz Zaqyah, Jasmine Suraya, Alif Satar, Aisar Khalid dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 9 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Hantu Raya Balik Kampung

Raya baru mula, hantu pun bukan main lagi ye?!

Featured Sun, 30 Jun 2024
Hiburan Sun, 2 Nov 2025

“Segala Buruk Yang Jadi Salahkan Diri Saya, Jangan Salahkan Majlis Ilmu” – Betty Rahmad

Betty Rahmad majlis ilmu berperanan penting membantu individu kembali ke jalan yang betul

Hiburan Fri, 22 Nov 2024
Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Trending Wed, 23 Dec 2020
Hiburan Mon, 3 Nov 2025

“Saya Sendiri Nak Buat, Bukan Suami Paksa!” – Fatin Nafi Dakwaan Prince Syed Suruh Jalani Pembedahan Bariatrik

Fatin juga meluahkan rasa kecewa apabila isu pembedahan tersebut tiba-tiba dikaitkan dengan masalah rumah tangga mereka

error: Content is protected !!