Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin May 31, 2025 @ 2:15pm

Hebat! Persembahan Nadeera Memukau, Selayaknya Tampil Dengan Konsert Berskala Besar

Memulakan showcase An Evening With Nadeera dengan lantunan lagu Emas disusuli lagu seperti Tanpa Dendam Di Hati, Fatwa Pujangga, Jampi dan Illusion dari penyanyi popular antarabangsa Dua Lipa, ternyata vokal mantap serta sambutan hangat peminat yang hadir melayakkan anak gadis berusia 32 tahun ini sudah ‘ready’  beraksi di konsert berskala besar.

Memukau lebih 350 penonton yang hadir, Showcase An Evening With Nadeera ternyata sangat hebat apabila dia beraksi tanpa henti mendendangkan lagu-lagu bernada tinggi tanpa membingitkan telinga.

Lebih menarik, persembahan Nadeera juga disuntik elemen kejutan apabila menampilkan penyanyi popular tanah air, Dayang Nurfaizah menerusi lagu Hakikat Cinta.

Kata Nadeera, lagu ini istimewa kerana Dayang merupakan idolanya dalam industri muzik.

“Lagu ini sangat istimewa kerana dia merupakan salah seorang idola saya dalam industri muzik, suranaya, keunikan dia, memang semua orang adore termasuklah saua.

“Baru-baru  ni pun saya ada nyanyikan lagu Dayang tapi tetap rasa tak puas,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Selain itu, Nadeera turut menyampaikan lagu nyanyian dari Datuk Zainal Abidin berjudul ‘Kau Di Hatiku’ dengan rendisi muzik tersendiri.

Tambahnya, kehadiran Datuk Zainal Abidin yang merupakan mentornya ketika menyertai program Mentor Legend 2014 pada malam showcase sangat memberi makna, kerana sosok penyanyi itulah yang sering memberikan semangat dan mengingatkannya tentang kepentingan disiplin diri.

“Dahulu semasa saya dekat rumah dia Datuk selalu ingatkan tentang disiplin dan selalu kena maki. Perkataan apa yang tak keluar dari mulut dia tapi itulah yang mengajar saya dan saya ada di sini. Terima kasih atas tunjuk ajar itu,” kongsinya.

Namun, paling ditunggu-tunggu Showcase An Evening With Nadeera diakhiri dengan lagu’wajib’ Bukan Lagi Kita sebagai penutup sempurna persembahan pada malam tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Pada Showcase yang berlangsung di Nero Event Space, PJPAC, 1 Utama E, Nadeera tampil membawakan 10 buah lagu anataranya, Emas, Tampa Dendan Di Hati (Siti Nurhaliza), Fatwa Pujangga (Datuk Aishah), Jampi  (Hael Husaini), Illusion (Dua Lipa), Boneka Tanpa Hati, Try (Pink), Kau Di Hatiku (Datuk Zainal Abidin), Hakikat Cinta (Dayang Nurfaizah) dan Bukan Lagi Kita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Oct 2018

美照都是骗人的!20张把网美呛爆的爆笑恶搞Cosplay照

来自雪梨的女演员Celeste Barber颠覆既有网美公式,用一系列仿效名模女星的拍照POSE,成为「非主流网美」。

Hiburan Fri, 6 Dec 2019

Anak Tunggal Nassier Wahab, Luah Rasa Rindu Di Twitter

Semoga Intan Najihah dan ibu tabah menghadapi dugaan ini…

Featured Thu, 22 Dec 2022
Hiburan Wed, 21 Sep 2022
Events Tue, 7 May 2019

Tun Siti Hasmah to Grace THE PHANTOM OF THE OPERA Musical in Kuala Lumpur

She said, “”I have always and will continue to have a soft spot for the arts…”

Hiburan Sat, 12 Nov 2022

“Tajam Sangat Ke Bahu Saya Bang?” – Gelagat Aedy Ashraf & Peminat Buat Netizen Terhibur

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon Aedy Ashraf yang sering kali membuat ramai tak keruan melihat ketampannya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik seorang pengguna TikTok iaitu @nis4s0 yang merakamkan aksinya sedang bergambar […]

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

‘Terima Kasih Allah Pinjamkan Jefri Kepada Kami Untuk 35 Tahun’- Ucapan Afdlin Shauki Buat Netizen Sebak

Semoga Allah menjaga roh mu dan roh mummy dan menempatkan kamu berdua bersama roh-roh orang yang beriman. Jaga mak dik…

error: Content is protected !!