Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 14, 2025 @ 7:31am

Bakal Jemput Bintang Popular Tempatan & Indonesia Sebagai Penyanyi Undangan, ‘Here I Am’ Akan Jadi Konsert Terbesar Rossa Di Malaysia

Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa teruja untuk membawa konsert berskala besar, Here I Am ke Malaysia pada 14 Jun 2025.

Konsert yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu dijangka menarik hampir 12,000 penonton, menjadikannya persembahan terbesar Rossa di negara ini.

Menurut Rossa atau nama sebenarnya Rossa Roslaina Handiyani, konsert tersebut bakal menampilkan konsep yang segar dan berbeza daripada persembahan-persembahannya sebelum ini.

“Sejujurnya, saya teruja. Konsert ini akan menampilkan sesuatu yang lebih segar, kreatif dan sangat berbeza daripada konsert-konsert saya sebelum ini. Konsert ini boleh dikatakan berskala besar dengan sasaran 11,700 penonton.

“Saya tidak sabar kerana konsert Here I Am melibatkan banyak kolaborasi, kejutan dan konsep. Saya yakin dan pasti akan buatkan semua penonton teruja,” katanya dalam sidang media yang diadakan secara virtual pada Rabu.

Berkongsi mengenai pemilihan nama Here I Am, Rossa menjelaskan ia melambangkan perjalanan seninya yang telah bertapak kukuh selama hampir empat dekad.

“Pemilihan Here I Am sebagai nama konsert adalah kerana nama itu menggambarkan perjalanan kerjaya saya yang telah membawa saya sejauh ini. Itu juga menjadikan siapa diri saya pada hari ini, berapa banyak album termasuk lagu hits dihasilkan, penghargaan serta anugerah yang diterima, termasuk konsert-konsert solo saya,” katanya.

Selain itu, Rossa turut mendedahkan bahawa konsertnya akan dimeriahkan dengan kehadiran artis jemputan dari Indonesia serta beberapa penyanyi terkenal tanah air.

“Saya akan undang seorang penyanyi popular dari Indonesia dan juga beberapa penyanyi yang sangat terkenal di Malaysia. Pastinya penonton akan menjerit melihat kemunculan mereka semua,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali, selaku penganjur, menyatakan bahawa pihaknya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Rossa dalam menjayakan konsert ini, yang turut mempunyai elemen kebajikan.

“Penganjuran konsert ini akan meneruskan kerjasama strategik antara saya dan PRIHATIN bagi tujuan kebajikan yang telah kami jalinkan sejak tahun 2012. Saya bersyukur kerana Rossa sentiasa prihatin dengan aktiviti kebajikan di Malaysia dan sentiasa bekerjasama untuk penganjuran konsert yang bukan bersifat komersial semata-mata.

“Rossa bersetuju untuk sama-sama mencari dana bagi tujuan pendidikan dan kebajikan melalui jualan tiket seterusnya menyalurkan sebahagian hasil jualan ke Tabung Kasih Prihatin.

“PRIHATIN mengalu-alukan pihak korporat dan individu untuk membeli tiket Royale, First Class dan Executive, sekaligus memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dalam bidang pendidikan melalui konsep Berhibur Sambil Beramal,” katanya.

Harga tiket konsert ‘Here I Am’ bermula dari RM228 untuk kategori Festival hingga RM788 bagi kategori Diamond Center, tidak termasuk cukai dan yuran pentadbiran.

Tiket boleh dibeli di platform www.ticket2u.com.my untuk pembelian secara online dan tiket korporat boleh berhubung terus dengan Rohaiza di talian 019-288 9764 atau e-mel [email protected].

Bagi pemegang kad kredit dan debit Mastercard dan Visa Maybank, boleh dapatkan diskaun istimewa sebanyak 10 peratus semasa hari pra-jualan tiket daripada jam 10 pagi, 14 Februari sehingga 10 pagi, 15 Februari 2025.

Selanjutnya, untuk pembelian selepas hari pra-jualan tiket, diskaun 8% diberikan kepada pemegang kad kredit Maybank dan 5% untuk pemegang kad debit Maybank.

Sebagai maklumat tambahan, konsert ‘Here I Am’ ini akan diadakan di tiga buah negara iaitu di Indonesia, Malaysia dan Singapura.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Anugerah Fri, 20 Jan 2023
Trending Tue, 19 Nov 2019

Kata Hamil Tapi Hakikatnya Ada Udang Disebaliknya

Wanita Kantoi Perut ‘Diusung’ Rupanya

Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Ibu Bapa Generasi Baharu, Lisa Sedia Membantu!

Ibu kepada dua cahayamata Yahaira Leanne dan Yusof Leonne itu berkata, dia memahami perasaan ibu bapa generasi baharu kerana dia juga menggalas tanggungjawab yang sama dan tahu cabaran yang dihadapi golongan tersebut

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Fattah Amin and Fazura Receive Backlash from Fans For No-Show at AME 2019

The couple couldn’t make it for the event and fans are outraged by their absence.

Trending Thu, 20 Aug 2020

Neelofa Sah Letak Jawatan Sebagai Pengarah Air Asia

Pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai pengarah bebas bukan eksekutif di Air Asia. Menerusi maklumat daripada Bursa Malaysia, Air Asia menerima notis perletakan jawatan pada 17 Ogos lalu. […]

Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Hasilkan Single OST Khilaf Asmara TV3, ‘Melepaskanmu’ Jadi Karya Terakhir Amylea Sebelum….

Penyanyi Amylea atau nama sebenarnya Amylea Azizan, 36, muncul dengan single Melepaskanmu yang juga ciptaan penuh olehnya dan bakal mengisi drama Khilaf Asmara sebagai lagu tema. Menerusi lagu ini, Amylea sekali lagi bekerjasama dengan syarikat […]

Featured Wed, 20 Dec 2023
error: Content is protected !!