Hiburan By: Padin December 30, 2022 @ 4:48pm

2 Kali Sertai Program Nyanyian, Kerjaya Seni Kurang Menyerlah? Ini Jawapan Sabhi Saddi

Penyanyi Sabhi Saddi pernah bersaing dalam sebuah program realiti pada 2019 sebagai anggota kumpulan One Nation Emcees (ONE).

Bersaing sehingga ke peringkat akhir, kerjaya ONE tidak hangat diperkatakan setelah program tersebut tamat.

Kini, Sabhi bersaing dalam program Famili Duo bersama adiknya, FareedPF K-Clique menentang enam peserta lain.

Menurut Sabhi, perancangan kerjaya ONE kurang diperkatakan kerana kehadiran wabak Covid-19.

Tambah Sabhi, dia dan Fareed sudah mempunyai perancangan selepas tamat Famili Duo nanti.

“Bukan kurang menyerlah. Selepas program tersebut tamat pada penghujung 2019, dunia dikejutkan dengan kehadiran wabak Covid-19. Dua tahun tak dapat buat apa-apa. Itu menjadi penyebab kerjaya ONE perlahan.

“Waktu itu terbatas dan tak membenarkan untuk kami keluarkan sesuatu. Saya percaya, ONE boleh pergi jauh, dengan atau tanpa saya. Kerjaya solo saya berjalan seperti biasa, jadi saya berharap mereka yang masih berada dalam ONE akan maju ke hadapan selepas ini.

“Mungkin selepas Famili Duo ini, saya akan keluarkan single solo setelah sekian lama. Saya dan adik pun ada perancangan selepas ini untuk keluarkan single kami berdua dan banyak juga permintaan yang mahu melihat saya berkolaborasi dengan adik dalam sebuah karya.

“Saya dan Fareed pun suka mencuba sesuatu yang baharu dan saya rasakan gabungan saya dan adik merupakan sesuatu yang segar. Insya-Allah kalau ada rezeki dan peluang, selepas tamat Famili Duo, kami memang ada perancangan nak keluarkan satu single,” katanya.

@xtra_my Fuh!! Gempak giler persembahan pembukaan adik-beradik ni 🔥☄️ Mantaplah Sabhi & Fareed!! Korang boleh Strim LIVE HD di Tonton & saksikan juga di TV3! #FamiliDuoTV3 #xtramy ♬ original sound – XTRA

Ketika ditanya adakah dia tidak takut percaturan menyertai Famili Duo tidak menjadi, penyanyi lagu Cinta Sesungguhnya ini mempunyai jawapan tersendiri.

“Kami tak risau dengan percaturan menyertai Famili Duo. Kami bersaing dengan penyanyi-penyanyi yang bagus. Kami masih kekal mahu menghiburkan orang ramai dan itu menjadi objektif utama. Tak pernah rasa takut apabila percaturan kami gagal kerana ini adalah satu perkara baru untuk kami berdua.

“Jika orang boleh terima, why not? Jika kena dengan lagu, Insya-Allah kami boleh pergi jauh. Takut atau tidak, terpulang. Apa yang penting kami ikhlas mahu hiburkan orang yang menonton. Jika tak sampai ke peringkat akhir pun, tak mengapa. Rezeki dah ditentukan. Apa yang penting kami mencuba,” katanya.

Pusingan minggu ketiga bertemakan retro yang bakal berlangsung Ahad ini, Sabhi dan Fareed bakal membawakan lagu Mas Mona nyanyian asal Datuk Jeffrydin.

Tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir dalam Famili Duo.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Jul 2023

Berat Badan Turun 18 Kilogram, Punca Fasha Sandha Makin Seksi?

Tak baik main tuduh tau, dah kurus confirm excited nak pakai baju lama kan?

Trending Mon, 4 Jun 2018

Ejen FBI Asyik Menari Tertembak Pengunjung Kelab Malam

Malangnya, tindakan itu menyebabkan pistolnya jatuh daripada seluar dan dia gagal menyambutnya sebelum alat itu melepaskan tembakan dan terkena seorang lelaki pada bahagian kaki.

Featured Sat, 11 Mar 2023
Events Wed, 16 May 2018

Beginilah Nilai Kasih Sayang Seorang Isteri Terhadap DSAI

Namun apa yang paling menyentuh perasaan terhadap pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan  ini ialah,  tindakan Datin Seri Wan Aziz Ismail yang dilihat memeluk erat suaminya itu sepanjang DSAI dalam perjalanan menuju ke Istana Negara

Hiburan Fri, 27 Dec 2019

“Puas Tangan Nak Menepis…” -Datuk A. Aida

18 kali tepis, mungkin 19 kali terima!

Featured Sat, 16 Oct 2021