Categories: HiburanSelebriti

BUKAN NAK SOROK – RAMONA ZAMZAM

Selepas pelakon Azwan Kombos yang tidak mahu mendedahkan wajah puteri sulungnya, kali ni tampil pula Pelakon dan Model Ramona Zamzam yang katanya belum bersedia untuk mendedahkan gambar dan nama anak sulungnya itu. 

Menurut Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramina Qadira Mohd Zamzam, 27 dia hanya mendengar dan mengikut nasihat daripada keluarganya supaya tidak memuat naik gambar puteri sulungnya itu dilaman sosial. 

Alashkar bersama puteri sulungnya

“Ibu dan ibu mertua minta saya untuk tidak berkongsi gambar bayi ketika masih dalam pantang, jadi saya ikut sajalah nasihat orang dulu-dulu”.

Ramona turut memaklumkan bahawa dia sudah mendaftarkan nama puteri sulungnya itu tetapi masih belum bersedia untuk mengumumkan nama tersebut kepada public. Namun, bagi Ramona apa sahaja nama anak yang bakal dipilih semestinya mempunyai maksud yang baik-baik.

Gambar bayi sulung Ramona Zamzam dan Alashkar yang menjadi tanda tanya netizen

“Sekarang baby sudah berusia hampir dua minggu. Nama dah ada, apabila tiba masa kami akan kongsi nama anak”. 

Ramona juga turut berkongsi perasaan dan pengalamannya menjadi seorang ibu kepada princess sulungnya itu.

“Pengalaman menjadi ibu, saya berada dalam bilik bersalin hampir 12 jam. Alhamdullilah, bayi selamat dilahirkan secara normal.”

“Syukur kerana suami sentiasa ada disisi dan memberi semangat kepada saya sepanjang melalui saat-saat mendebarkan itu.”

Ramona dan Rami Alashkar berkahwin pada 1 Mei  2015 dan telah dikurniakan cahaya mata pada 7 Disember 2017 yang lalu.

 

 

 

Salma Syahbuddin