4 Sekawan Kejar Impian Cipta Band, Tonton Original Tampil Filem Khas ‘Irama Kita’

Tonton Original mempersembahkan sebuah filem khas bertajuk ‘Irama Kita’ di bawah arahan Izuan Mokhtar terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

‘Irama Kita’ yang dipenuhi dengan drama remaja dan gelak tawa ini mengisahkan tentang empat sekawan yang berusaha untuk mencipta sebuah kumpulan band ‘The Dreamers’ namun terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan dan rintangan untuk menjadikan muzik sebagai profession utama.

Filem yang dibintangi oleh Aiman Tino (Kef), Farah Nadiah (Izi), Ahmad Adly (Syafiq) dan Kahoe Hon (Alvin) ini boleh ditonton secara eksklusif di platform Tonton Original.

Untuk makluman, Tonton Original adalah sebuah platform eksklusif untuk program original Tonton yang tidak dapat anda temui di rancangan televisyen lain.

Bukan itu sahaja, filem, drama, rancangan hiburan dan sebagainya dirancang khusus untuk pelanggan Tonton. Tonton Original menghasilkan kandungan yang dihasilkan sendiri oleh Tonton dan memiliki hak pengeluaran dan pengedaran.

Untuk makluman lanjut dan terkini, anda boleh layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy dan gunakan #IramaKita untuk menghangatkan perbualan di laman media sosial.

Layari laman web www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store untuk menonton ‘Irama Kita’

Atiqah Johari