“Nervous Allah Je Tahu, Rasa Nak Gugur Jantung!”- Heliza Helmi Luah Rasa Cuak, Hampir Terjatuh Menunggang Kuda

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Datin Heliza Helmi sempat berkongsi pengalamannya  menunggang kuda baru baru-baru ini.

Menurutnya,  walaupun sudah beberapa kali menunggang kuda dan terlibat dengan aktiviti memanah, namun setiap kali menunggang kuda baru ada sedikit rasa takut dan perasaan yang berbeza.

Perkara itu dikongsi Heliza menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya pada Rabu.

“Hampir nak terjatuh, nak gugur jantung. Siapa yang bawak kuda mesti akan faham perasaan ni.

“Walaupun mungkin dah a few times ada pengalaman dapat bawa kuda, tapi tiap kali bawak kuda baru memang lain macam perasaan dia.

“Tambah pulak bila dah lama tak ride. Tapi itu manisnya dalam berkuda sebab dapat latih balik diri kita bukan setakat kuat fizikal tapi latih juga untuk kuat mental,” katanya.

Dalam pada itu, Heliza mengaku perasaan takut itu adalah lumrah dan akan hadir pada masa yang tidak dijangka oleh seseorang.

“Takut tu lumrah. Kadang-kadang boleh hadir di masa kita tak expect dia datang dan setiap org ada ketakutan yg berbeza. Ada sesetengah orang takut sebab gayat, ada yang takut dari kena marah. Kalau anda takut apa?,” kongsinya.

 

Berdasarkan pemerhatian XTRA, dalam hantaran yang berlainan, Heliza sempat menitipkan pesan supaya setiap orang direzekikan untuk mempelajari dan menguasai sukan sunnah ini.

 

Salma Syahbuddin