Aizat Amdan Stress Alami Berat Badan Berlebihan ?

Penyanyi yang popular menerusi lagu Sampai Ke Hari Tua ini bukan sahaja tercalon dalam senarai artis yang bertanding untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) bagi kategori penyanyi lelaki popular malah, beliau juga kini sedang sibuk memilih protege beliau untuk program Mentor 7 yang bakal bersiaran di TV3 bermula Oktober ini.

Walaupun sibuk, Aizat mengakui berat badannya juga turut bertambah dan kini beliau kembali mengamalkan semula pemakanan yang lebih sihat dan seimbang. 

Sumber : Instagram @aizatamdan

Menurut Aizat, beliau sukar mengawal selera makan menjadikan berat beliau naik secara mendadak sehingga 88 kilogram.

“Beberapa tahun lalu saya pernah berdepan dengan berat badan berlebihan sehingga mencecah 113 kg tetapi saya berusaha untuk turunkan berat badan saya sehingga 78 kg. Dan tahun ini saya sedar perubahan berat badan saya sedikit naik. Jadi sasaran saya sebelum hujung tahun ini ialah menurunkan semula berat badan sehingga 75 kg.” Katanya

Sumber : Instagram @aizatamdan

Kenapa 75 kg?

Bagi Aizat, jika dikira mengikut ketinggian beliau, anggaran angka 75 kg itu adalah berat yang paling ideal untuk seorang lelaki seperti beliau. 

Malah, Aizat juga turut berkongsi tips dan aktiviti hariannya menerusi vlog Aizat Amdan menerusi laman Youtube nya yang telahpun ditonton sebanyak 2,853 tontonan setakat ini.

Jadi, buat mereka diluar sana, sekiranya korang nak turunkan berat badan ala-ala Aizat Amdan bolehlah ikut tips dan skill yang ditunjukkan oleh beliau okay!

Salma Syahbuddin