Featured By: Maya Basir November 29, 2022 @ 8:12pm

A. Aida Akui Sedang Rapat Dengan Wak Doyok – “Kalau Ibu Dia Beri Lampu Hijau…”

Penerbit Datuk A. Aida seakan memberi bayangan bahawa dirinya dan pelakon, Wak Doyok sedang di dalam fasa berteman dengan lebih rapat.

Memetik laporan Kosmo, Aida memberitahu ciri-ciri yang terdapat pada diri Wak Doyok menjadi tarikan buat dirinya.

“Hakikatnya kami memang sudah kenal bertahun-tahun, cuma beberapa bulan lalu persahabatan ini menjadi semakin rapat sampai boleh dikatakan sudah ke tahap BFF.

“Dia seorang yang sangat caring dan penyayang. Kami boleh serasi kerana dia punya sense of humor serta sangat mementingkan penampilan diri sama seperti saya.

“Kami tahu ramai tertanya-tanya (sejauh mana hubungan), tapi apa yang boleh saya cakap doakan kami saja. Kalau ada jodoh, adalah,” katanya.

Menurutnya, Aida akui mempunyai keinginan untuk ada pasangan selepas tiga tahun bersendirian namun, dia tidak terburu-buru untuk menamatkan status solo.

“Saya pernah pernah serik untuk membuka pintu ke alam perkahwinan semula selepas melalui beberapa kali fasa kehancuran rumah tangga, tetapi rasa fobia itu kini semakin menghilang,” katanya.

Susulan perkara itu, pemilik A. Aida Production ini mementingkan restu keluarga kedua-dua belah pihak lebih-lebih lagi dia sedia maklum tentang kenyataan ibu Wak Doyok yang tidak mahu terima menantu berstatus janda.

“Memang saya tahu mengenai perkara tersebut. Sebab itu saya cuma mampu katakan biarlah semuanya saya serahkan soal kepada jodoh.

“Sekiranya ibu Wak Doyok memberikan lampu hijau, ada lah jodoh kami. Cuma saya pun masih belum bertemu dengan ibunya buat masa ini,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 23 Jun 2020

Nasi punten sesuai untuk kawal berat badan?

Saiz kecil comel, nak makan pun fikir banyak kali

Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Acara Tue, 6 Sep 2022
Hiburan Thu, 11 Jul 2019

How Did EXO’s Baekhyun React when a Question about BTS was Asked on his First Solo Album’s Showcase?

On a press conference of EXO’s Baekhyun’s First Solo Album Showcase, a reporter stirred up the scene when BTS was mentioned.

Featured Tue, 4 Jun 2024

Kes Zayn Rayyan: Atas Faktor Tertentu, Peguam Ibu Bapa Mangsa Tarik Diri

Saya mengesahkan berita yang tersebar bahawa saya tidak lagi mewakili kedua ibu bapa Allahyarham Zayn – Peguam

Featured Thu, 16 Dec 2021
Replicated Draft Tue, 9 Apr 2024

Meriahkan Raya Korang Dengan Cabutan WOW! Simpan SSPN, Hadiah Keseluruhan Bernilai Lebih RM1.3 Juta!

Dah nak raya ni best jugak kalau dapat duit raya kan? Bukan setakat duit raya, kalau dapat sekali beraya dengan kereta dan motosikal baru lagi gempak! Memang raya sakan lah. Semua tu bukan angan-angan tau, […]