“Abang Tak Main Ta*k Dik.. Adik Yang Gila Bayang..” – Muat Naik Foto ‘Cam Harem’, Peminat Terhibur Caption Sharnaaz Ahmad

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial mengenai kenyataan penyanyi terkenal, Shila Amzah yang ditanya mengenai kisah percintaan lalunya bersama pelakon berkaliber, Sharnaaz Ahmad.

Dalam kenyataan itu, Shila seakan berkata dia tidak mahu meneruskan kisah percintaan bersama Sharnaaz kerana bimbang pengakhiran yang sama akan berlaku lagi.

Susulan itu, meninjau di ruangan Instagram, Sharnaaz memuat naik satu foto yang seakan menunjukkan dua jari tengah, namun ia dikaburkan.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian ialah kapsyen aktor drama Aku Bukan Bidadari itu mencetus persoalan netizen di mana mereka mendakwa ia seakan membalas kenyataan Shila.

“Abg tak main taik dik.. adik yang gila bayang,” tulisnya.

Malah, bahagian komen hantaran tersebut turut dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen yang sepertinya dapat meneka apakah mesej disebalik kapsyen Sharnaaz yang mereka gelarkan sebagai ‘Mamu’ itu.

 

     

Artikel Berkaitan: Kembali Bercinta Dengan Sharnaaz Ahmad? Ini Komen Shila Amzah – “Tiada Cara Untuk Menjalin…”

Artikel Berkaitan:

Aqilah Paharuzi