Hiburan By: Del14 October 4, 2019 @ 12:17pm

Abby Abadi Kongsi Nama Penuh ‘Baby D’

Umum tahu kisah bayi pramatang pelakon Abby Abadi dan suaminya Faizal Zakaria yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selepas terpaksa dilahirkan melalui pembedahan, semasa kandungannya baru berusia 6 bulan.

Baca: Abby Abadi Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Pramatang

Baca: Abby Minta Doakan Baby D

Dua hari lepas, suami kepada pelakon Gerak Khas ini yang lebih mesra dipanggil Jai ini berkongsi di instagramnya tentang keadaan Baby D yang mengalami pendarahan paru-paru dan telah meminta warganet untuk sama-sama mendoakan bayi mereka.  

Syukur alhamdullillah, selepas diselubungi kerisauan,  keadaan ‘Baby D’ telah beransur pulih dan pasangan ini telah pun memilih nama untuk bayi kesayangan mereka. 

“Baby D dah ada nama. Muhammad Danial Firman Faizal membawa maksud yang sangat indah. Moga Baby Danial terus sihat dah kuat…Abah tidak pernah jemu mendoakan agar Baby Danial terus sihat dan dipanjangkan umur,” kongsi Jai.

 
 
 
View this post on Instagram

Posted @withrepost • @jaiezzany Day 7, Baby D dah ada nama. Muhammad Danial Firman Faizal membawa maksud yang sangat indah ? . Moga Baby Danial terus sihat dan terus kuat…Abah tidak penah jemu mendoakan agar Baby Danial terus sihat dan dipanjangkan umur . Semalam Abah tak tulis apa2 pun sebab tak sihat, tiba2 demam . Sayang Abah, tahu tak mama @abby_abadi112 dah keluar dari hospital semalam…. . Tapi jangan risau Abah & Mama akan sentiasa jenguk sayang….abah dan mama rindukan Baby. . Pagi tadi Abah & Mama ke NICU hantar susu…sempat berbual2 dengan Doc, Baby Danial ada peningkatan positif…pemdarahan paru2 pun dah tak de…syukur sgt2…Allah Maha mendengar semua doa mereka yang sayangkan Baby Danial. . Malam ni, InsyaAllah abah datang jumpa Baby lagi ya…abah rindukan Baby Danial…Abah sayangkan Baby… . Moga Baby terus sihat, terus kuat….ramai yang tak sabar nak jumpa Baby… . Ya Allah..Kau yang lebih mengetahui…Kau yang lebih berkuasa dari segala2nya . Kau tunaikan setiap permintaan ku ini, Kau berikan kesihatan tang terbaik untuk Baby Danial dan panjangkan umurnya . #muhammaddanialfirmanfaizal PS: Rajin suami menulis skrg. Byk idea ye.. Alhamdullillah. Sy tumpang repost jelah ye. Terus berusaha minta yg terbaik pada ALLAH utk Baby Danial ye. Tunggu kita rajin nnti kita cerita dari mula mcmana terpaksa melahirkan seawal 6bulan ye. Apapun, Syukur ALLAH masih panjangkan umur Sy ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Buat masa ini Abby telah pun dilepaskan dari hospital tetapi bayinya masih berada di NICU untuk pengawasan dan hanya ibu bapa bayi sahaja yang dibenarkan melawat bayi. Apabila ditanya warganet bila Danial boleh dibawa pulang, Faizal menjawab “minima 4 bulan.”

Semoga baby Danial membesar dengan sihat dan boleh pulang ke rumah untuk bersama-sama keluarga secepat mungkin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Jul 2019

Susut 17 KG Demi Comeback, Dazrin Dah Ready Guys!

Lama tak nampak Dazrin berlakon, welcome back!

Hiburan Thu, 5 Apr 2018
Hiburan Thu, 26 Sep 2019

Wann Rindu Masuk Studio

Tiada siapa yang boleh lawan suara ‘seksi’ Wann setakat ini, betul tak?

Trending Hari Ini Fri, 8 May 2020
Featured Wed, 13 Oct 2021

Bantuan Insentif Buat B40, B50 Yang Terjejas – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) oleh sektor perbankan bagi membantu kumpulan 50 peratus terbawah atau B50. URUS merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang […]

Featured Wed, 29 Mar 2023
Featured Tue, 27 Sep 2022