Categories: FESYENHiburan

Abby Minta Doakan ‘Baby D’

Seperti yang diketahui umum, pelakon yang terkenal dengan wataknya sebagai Inspektor Aleeza di dalam siri Gerak Khas ini baru sahaja melahirkan seorang bayi lelaki pramatang di Hospital Sungai Buloh, Selangor, semalam.

Baca: Abby Abadi Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Pramatang

Bayi yang dipanggil Baby D ini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) hospital berkenaan. 

Dalam perkongsian di IG Abby Abadi, Abby berkata pelakon, Memey Suhaiza juga turut membantu baby D dengan memberikan susu untuk anaknya itu.

“Alhamdullilah..Antara usaha kami, pam susu badan nak bagi pada Baby D.. Terima kasih Memey sudi datang menolong juga.  Kita dapat sikit je, itupun adik-adik jururawat tolong. Mey bagi sebotol dah.  Ada dah stok susn badan seminggu sebab Baby D akan minum sikit-sikit je nanti, ” tulisnya di entri IG nya itu. 

Abby juga berharap orang ramai dapat mendoakan bayinya kerana ujarnya, “Hanya keajaiban yang akan menyelamatkan dia.”

Sebelum ini, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan, dua tahun lalu. Abby yang terpaksa melahirkan Baby D melalui pembedahan sewaktu bayi itu hanya 23 minggu kerana berdepan dengan masalah tekanan darah tinggi dan mengalami tumpah darah. 

Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 dan mereka mempunyai dua anak angkat bernama Muhammad Daiyyan Fayyad dan Maisara Dayana Fahia. 

 

Del14