Categories: LIFESTYLE

Siapa Sangka Dalam Satu Sekolah Ini Ada 34 Kaum

 

Kita sudah diterapkan dengan semangat perpaduan sejak daripada kecil lagi. Bahkan, kita juga tidak diajar dengan sifat yang memilih warna kulit untuk dijadikan kawan. Pasti ramai di antara kita yang pernah berkawan dengan kawan yang berlainan bangsa semenjak dari sekolah lagi.

Pernah tak siap kerja sekolah sama-sama, pernah didenda bersama-sama, pernah menolong antara satu sama lain dan banyak lagi perkara-perkara yang boleh dijadikan contoh sebagai perpaduan.

Menerusi satu perkongsian yang dikongsi oleh SMK Sibu Jaya, semangat perpaduan yang terdapat di dalam sekolah ini boleh diterjemahkan melalui data suku kaum yang dikeluarkan oleh sekolah tersebut. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Penjelasan
Data suku kaum ini bukan ditentukan oleh pihak sekolah, sekarang data pelajar diperoleh terus daripada sistem. Kita key-in nombor kad pengenalan atau sijil lahir secara automatik semua maklumat ini akan keluar dalam sistem. Harap maklum.

Satu keistimewaan SMK Sibu Jaya yang orang tidak sedari ialah pelajar-pelajarnya terdiri daripada 29 – 34 suku kaum pada setiap tahun. Sesungguhnya, keunikan ini menjadikan SMK Sibu Jaya semakin indah dan ceria. Data ini ikut suku kaum dalam borang pendaftaran pelajar. Harap maklum.

Sumber: SMK Sibu Jaya

SGMS Enal