ABPBH 35: Siapa Yang Bakal Merangkul Trofi Pengacara TV Popular & Artis Komedi Popular? Ini Ramalan Pemenang Trofi Pilihan XTRA…

Malam ini bakal menyaksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH 35) dan keputusan bagi kategori-kategori yang dipertandingkan akan diketahui.

Pastinya ramai tidak sabar untuk mengetahui pemenang bagi setiap kategori lebih-lebih lagi untuk kategori Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular kan?

Susah sebenarnya nak ramal siapa yang bakal menang sebab calon-calonnya semua hebat dan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Untuk kategori Pengacara TV Popular, calon-calonnya adalah Alif Satar, Elly Mazlein, Hawa Rizwana dan Sherry Alhadad.

Kalau diramal-ramal, ada kemungkinan kategori ini akan dimenangi oleh Alif Satar kerana gaya dan kualiti dalam pengacaraannya.

Macam mana pula untuk kategori Artis Komedi Popular? Susah nak ramal juga sebab semua power antaranya ialah Bell Ngasri, Jaa Suzuran, Johan, Syahmi Sazli dan Zizan Razak.

Namun, XTRA meramalkan kemenangan bakal berpihak kepada Bell Ngasri kerana selepas 36 tahun berada di dalam industri menghiburkan penonton, Bell layak untuk menerima trofi anugerah tersebut.

Tetapi kalau nak tahu pemenang sebenar bagi kategori-kategori tu kenalah tengok ABPBH 35 malam ni yang dihoskan oleh Ain Edruce dan Johan, bertemakan Ekspresi Legasi Seni disiarkan secara langsung dari Istana Budaya, Kuala Lumpur di TV3 dan strim langsung melalui platform Tonton, jam 9 malam.

Maya Basir