#ABPBH31: Senarai Top 5 Hanya Diumum Pada Malam Anugerah

Wow! Jumlah undian diterima sepanjang kempen ABPBH31 meningkat mendadak iaitu 12.8 juta berbanding tahun lalu hanya 1.5 juta sahaja.

Menurut Pengarang Hiburan BH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH31, Shamsul Azree Samshir memberitahu senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular BH ke-31 (ABPBH31) tidak diumumkan bagi memberi ruang kepada peminat terus mengundi artis kesayangan mereka.

“ Senarai artis Top 5 setiap kategori hanya akan diketahui pada malam anugerah berlangsung.

“Sebelum ini pencalonan Top 5 diumumkan awal kerana undian tutup awal. 

“ Bagaimanapun tahun ini undian ditutup lewat iaitu 25 September.

“ Kami merasakan mekanisma undian terbaru ini lebih baik kerana ia memberi ruang pada peminat untuk terus mengundi, lebih-lebih lagi kepada mereka yang suka mengundi pada saat akhir,” katanya yang ditemui di majlis Pengumuman Pra Kemuncak ABPBH31 di Istana Budaya, hari ini.

Dalam perkembangan lain, tiga pengacara popular iaitu Ajak, Janna Nick dan Zara Zya bertindak sebagai pengacara ABPBH31 yang bakal berlangsung 7 Oktober depan.

Penonton malam anugerah ABPBH31 bakal dihiburkan dengan persembahan daripada Aizat, Hafiz Suip, Sufian Suhaimi, Siti Sarah, Misha Omar, Ismail Izzani dan ramai lagi.

SGMS Faida