Categories: Trending

Mulai Januari 2019, Penyedut Minuman Plastik Diharamkan Di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan

Untuk pengetahuan anda, sehingga kini, hanya McDonald’s dan IKEA saja yang menyahut inisiatif murni dengan tidak menyediakan penyedut minuman kepada pelanggan yang bertujuan untuk mengurangkan pencemaran sekaligus memulihara alam sekitar.

Namun, baru-baru ini, Kementerian Wilayah telah mengumumkan mulai Januari 2019, penggunaan penyedut minuman plastik akan diharamkan di semua premis perniagaan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan, pihak berkuasa akan memberikan tempoh masa sehingga tahun 2020 untuk mendidik masyarakat terutamanya para peniaga tentang bahaya produk plastik sebelum melaksanakan tindakan penguatkuasaan undang-undang.

Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan pencemaran dan memelihara alam sekitar. Sekiranya, para peniaga melanggar peraturan baharu ini, tindakan kompaun akan dikenakan tak lebih RM1,000. Selain penyedut minuman, undang-undang ini juga diperuntukkan bagi penggunaan produk berasaskan biodegradasi seperti beg plastik dan bekas makanan.

Foto: Kosmo

Kalau sebelum ini pada April 2016, Kementerian Wilayah Persekutuan telah mula melaksanakan penggunaan produk biodegradasi kerana penggunaan pembungkus makanan plastik dan polisterina boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan serta mengatasi masalah pengurusan sisa pepejal yang tinggi.

Justeru itu, pihak kementerian turut mengambil inisiatif dengan memasukkan larangan penggunaan penyedut minuman plastik sebagai salah satu syarat permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan.

Kalau anda nak tahu, Malaysia bukanlah negara pertama di dunia yang mengharamkan penyedut minuman plastik, tetapi negara lain seperti Taiwan dan Britain sudah pun mula mengamalkan pengharaman ini.

Sumber: Kosmo & MyNewsHub

tex_admin